AKU BUAT SEMUA TU KERANA KAU

Kau tak pernah tahu, setiap apa yang aku buat semua kerana kau. Bila aku buka laman sosial aku, wall kau jadi penghias. Bila saja aku tak buat apa-apa, wall kau yang aku pergi. Aku tak tahu kerana aku terlalu obses dengan wall kau. Aku tak mampu nak explain sebaik mungkin sebab cuma hati aku je yang tahu kenapa aku buat semua tu.


Aku remove kau, 2 minggu lepas tu aku add kau balik. Aku remove kau lagi, kemudian aku add kau lagi sekali. Mungkin pada kau aku ni entah apa-apa. Remove add balik. Sebab kau tak tahu kau lah penyebabnya. Aku tak sanggup setiap kali mengadap laman sosial aku, aku berharap sangat kau tegur aku. Aku berharap sangat ada komen that show you care about me. Aku berharap sangat kau faham yang aku sayang gila kat kau. Tapi kau tak faham. Dan kau buat-buat tak faham. 

Every silent tahta your make, it kill me slowly. Kau tak pernah faham dan tak akan faham berapa sayangnya aku kat kau. Kau tak pernah faham dan tak cuba untuk faham kerana aku buat perkara bodoh semua tu. Instant, kau kata aku dengan unrelevan word. Kau kata aku sweet talker, tapi kau tak tahu your word is even sweeter than mine. Aku macam orang bodoh, tunggu kau, merayu kat kau untuk datang pada aku balik. Berharap dan buat hati aku percaya kau sayang aku jugak macam mana aku sayang kau. Setiap kali aku text kau tak pernah reply and I made a stupid think, kau busy belajar bukan kau sengaja tak nak reply. Or mungkin phone kau credit tak ada. 


Aku tahu kau bukan yang aku lagi. Aku cuba lupakan kau tapi aku tak boleh. Like something strong doesn't want me tolet you go. Tapi aku sedar aku kena move on. Sooner or later, aku kena look forward so aku dapat cari kebahagiaan aku sendiri. Kau tak tahu betapa lama I'm wasting my time just with a hope you will be back again, love and care me like old days. Kau tak tahu betapa aku rindu semua tu. Kau tak tahu betapa aku mengharap semua tu. Kau tak tahu betapa sakitnya hati aku. Dan kau tak tahu betapa sikit punya banyak air mata aku jatuh semata-mata sebab kau. Kau yang dah buang  aku jauh-jauh.

You the sweetest memories that I've ever had. It's true, sometimes you can only keep the love in your heart but not in your life. Tengok gambar kau dengan awek baru, tengok kau yang dah tak macam dulu, buat aku jadi keliru, pilu , cemburu. Kau aku punya kalau dulu. Tapai sekarang aku sedar kau bukan hak aku, I need to let you go hardly and I need to move on. To the next stage that I could find my happiness so I can slowly forget you and let you be the sweetest memories ever. 

Maafkan aku. Aku memang begitu, selalu begitu. Aku tak mampu nak buang kau jauh-jauh, dan aku tahu jauh dalam hati aku akan mengharap lagi kau kembali. Maafkan aku.


   
                             

Kalau Dah Kaki Bola

Mood terlampau tension dengan situasi yang serabut tunggu  message tak masuk-masuk. Susah kalau dah nama kaki bola. Hari-hari pergi main bola. Aku pulak tersadai tunggu dia habis main bola. Bukan aku tak minat bola, aku layan jugak bola tapi tak adalah sefanatik dia. Fanatik yang ampun. Apa yang dia tengok kat bola tu pun aku tak tahu. Aku tengok bulat jugak bola tu.

*rembat kat Google je...


Tapi apa-apa pun bagus jugak dia kelaur main bola dari dia keluar main perempuan. Bukan aku maksudkan yang bukan-bukan, I mean at least dia tak keluar dating or tengok wayang dengan perempuan. I'm the kind of girl when I'm like someone, I will trust him. Aku simple je. Dia selalu cakap aku cool. Kalau aku tak cool, takkanlah sampai sekarang aku dengan dia. Dia keluar lepak dengan perempuan lain, aku cool. Relax. Selagi aku tak dengar hal bukan-bukan pasal dia, selagi tu aku percaya dan akan cool.

Aku tak nak buat keputusan membabi buta. Aku tak nak cerita lama jadi balik. Aku gaduh sebab hal kecik, then aku buat donno dengan harapan dia akan pujuk aku tapi yang hado je. Alih-alih aku yang mendodoi. Benda paling sakit sekali dalam dunia bila sesuatu yang kita harap untuk berlaku tak berlaku macam yang kita harapkan. Macam sucks giler. I learned from my mistakes. Tapi aku sedar tentang satu perkara, kalau betul this guy suka korang, they would rather die to have you. Tapi kalau dia tak nak, he don't care if you die for not having him.

* hehe.. Saje masukkan feveret team. .

Hargai apa yang ada kat depan mata. Kalau tak ada lagi, percayalah, Tuhan jaga hati korang untuk diberi pada orang yang sepatutnya. Tak bermakna korang tak dapat apa yang korang nak tu sebab korang tak cukup bagus. You deserves better actually. Dan aku pun rasa aku deserves better sebab tu Tuhan temukan aku dengan orang yang lebih baik. ^^

I'm Alone, Would You Come to Me?

Motif sangat lelaki ini. Mungkin aku ni emo semacam or what ever feeling yang aku tak patut rasa macam tu. Dua tiga hari sebelum ni, aku online, tiba-tiba terbaca satu status, I miss HER damn much. Okay. Dia dah break off dengan awek dia. Yahuuuu!

Tapi macam orang cakap, ku sangat panas sampai ke petang rupanya ribut petir sambar-menyambar ditengah hari. Macam perkara yang HARUS bagi perempuan bila dia suka kat somebody, dia akan online 24 jam, dah kerja dia cuma dok stalker Facebook ex dia yang dia rasakan dia ada pelung nak berbaik semula since, HE'S SINGLE GUYS!

But tu semua cuma mainan perasaan yang sememangnya sangat shit. Aku terbaca kat wall dia, "I MISS U SO MUCH. SEE YOU SOON, LOVEYOU". Masa tu rasa macam fuck off lah korang. Benci benci benci. Kenapa mesti kau berlagak dan berdrama yang kau single sedangkan awek kau tercegat lagi? Kau tahu tak kau dah bagi harapan plastic kat aku? Kau tahu tak betapa sedih pilu hati aku? Kau tahu tak semua tu?

Sorry, ter emo sebentar. Tapi seriously, aku memang menyampah giler walaupun dalam hati sayang sangat. Well love can't be force. Just pray that he adn his girlfriend would break up before you age 30. So, you would have a chance to marry him. Gila???!!! How dare aku fikir macam tu. Aku betul-betul dah biol. Aku rasa aku perlukan pakar motivasi Dr. Izzy tak pun Dr. Fadzilah Kamsah untuk pure kan balik hati aku yang remuk redam ni.  


Dan Lelaki Itu Yang Aku Tunggu

Lelaki itu lebih dari segalanya bagi aku. Dia terlalu sempurna sampaikan setiap perlakuan, kesalahan yang dia lakukan aku rasakan itu hanyalah lumrah bagi seorang yang bergelar manusia. Aku terlalu sayang. Kerana dia yang pertama. Kerana dia aku cuba berubah untuk jadi yang terbaik. Kerana dia aku cuba untuk menjadi yang sempurna dimata dia. 

Aku tahu, dialah yang satu-satunya. Kerana dia, aku buang segalanya. Keran dia aku cuba setia. Pada mata aku hanya dia saja. Terlalu aku bahagia pada saat itu. Ramai mengeji, ramai menasihati aku, "Jangan kau percaya, kembali pada yang lama, tinggalkan dia, dia tidak seperti yang kamu sangka". Aku tersenyum. " Aku percaya, hanya dia setia, hanya dia saja yang aku cinta". 



Kerana dia, aku gembira. Dunia bagai aku yang punya. Yang lain datang, aku pejamkan mata, " Saya sudah ada dia". Senang aku berkata sambil tersenyum melihat dia. Aku terlalu jatuh cinta. Pada lelaki itu. Lelaki yang yang terlalu baik pada aku. Aku setia padamu, apa pun yang terjadi, aku tetap disini.

"Dia cuma memainkan kamu saja, lupakan dia, ada yang lebih baik menunggu". Terlalu banyak kata meminta aku berlalu. Tapi aku yakin dengan pendirian aku. Aku tahu kalau aku mahu berlalu, aku takkan mampu, kerana lelaki itu yang buat aku bahagia. " Kau bodoh wahai kawan, terlalu bodoh kerana setia pada yang tidak sepatutnya". Aku tetap tersenyum, kerana lelaki itu buat aku gembira.

Aku biarkan masa menentukan segala. Biarpun aku tahu kau sudah ada yang punya. Biar aku tahu kau bahagia. Biar aku sendiri sedih pilu sakit dijiwa. Kerana aku terlalu sayang pada kau. Kau yang sudah jauh kedepan, meninggalkan segala kenangan. Tinggal aku sendiri, berharap kau kembali kepada aku. Aku akui aku bodoh menilai cinta, tapi aku cuma manusia biasa, yang telah jatuh rasa pada seorang lelaki. Seorang lelaki yang tak pernah menghiraukan aku, yang tak pernah peduli betapa aku rindu, betapa aku sedih melepaskan dia pergi. Walau apa pun yang mereka kata, tetap lelaki itu yang aku tunggu.

SIA-SIA

Sia-sia hidup selama 20 tahun kalau kerja kau makan, tidur, blogging, facebooking. Buatlah apa yang patut, tolong mak pergi pasar ke, tolong ayah basuh kereta ke, tak pun paling malaslah tolong tengok pun jadilah. Asal tengok tak gitu? Janganlah kau buat-buat tak reti ikut kata aku yang suruh kau tolong tengok, kata nak jadi anak mithali, pandai-pandailah kau bawak diri. Jangan tunggu nak kena maki, nak kena kaki, barulah reti nak bergerak sendiri. Kau bukan budak kecik lagi, dah boleh buat bini.

Sia-sia kau masuk universiti. Mak ayah hantar suruh mengaji, tapi kau pulak tak sedar diri. Kesana kemari, menghabiskan duit mak ayah bagi. Beli topup hari-hari, ingatkan telefon lecturer tanya pasal marking, rupanya telefon member gayut pasal laki.Buat apa gayut pasal laki, bukan dia nak ambil kau buat jadi bini. Sedarlah diri, rumah teres mana boleh bergabung dengan KLCC.

Sia-sia ada kerja makan gaji. Tak boleh nak support mak ayah pergi haji. Balik kampung pun setahun sekali. Mak ayah telefon pejabat boleh bantai cakap MC. Apa ke gilanya keje doktor buat MC sendiri? Jangan menipu nanti Tuhan benci. Kalau ye pun busy, cakaplah sikit jangan lari. Ni bagi alasan menyakitkan hati. Sedar atas jasa siapa kau mampu capai semua ni? Atas berkat doa siapa kau mampu berada kat atas ni? Tanya pada diri sendiri, jawab dengan seikhlas hati. 

Sia-sia berlaki berbini. Dua-dua leka mencari rezeki. Mak ayah kat kampung sedih menanti. Mana anak aku ni? Tak balik-balik sejak tahun lepas punya raya haji. Janganlah buat macam ni. Harta boleh dicari, tapi tapi ibu satu-satunya kat dunia ni. Belajarlah untuk memberi, bukan memberi harta duniawi, tapi untuk masa akhirat nanti. Jangan sampai menyesal tak berenti. Hidup ni cuma sekali.Pandai-pandailah bawak diri. 

He Dump Me Well

Jiwa kacau dengan segala kerja and also report yang memenuhi ruang legar meja kerja aku but still ada masa nak blogging. Dah alang-alang blogging , of course facebook turut log in. Bila baca je status update masing-masing buat ak rasa nak gelak tapi bila aku baca status update dari DIA aku jadi sebak. Aiseyman.

Honestly aku memang masih sayang kat dia. Tapi he dump me well. Tengok wall photo yang orang tag kat dia dengan perempuan, buat aku terfikir, " Kalaulah perempuan kat sebelah dia tu aku, kan cantik". Masa tu jugaklah jiwa meronta-ronta, nak poke lah, nak private messagelah, nak buat-buat tegur kat Facebooklah, and so much more nonsense idea yang kadang-kadang buat aku rasa macam aku ni dah gila. Gila angau kat orang yang dah dump me well.

But at the same time, ada this guy yang jugak mantan aku. Aku tak sure whether he already break off dengan awek dia or saja berlagak single di Facebook. But the fact is aku berharap dia tegur aku and being nice to me or else said benda nonsense macam I MISS YOU A LOT. Bunyi macam gila tapi most of girl always like that. Jangan nak pretend yang korang tersangat cool dan tak pernah macam tu.

Kawan aku cakap aku ni gila bayang, dan wasting time dok tercongok mengharap orang tu datang bergolek dan minta to be back again. Well tak possible kan? Quite impossible tapi tak salah mengharapkan? Since I know he can make me happy. Lagi pun it is very hard untuk aku jumpa orang yang boleh buat aku tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak berapa nak lalu. Mungkin nampak macam LOSER tapi still baik aku macam ni mengharap sesuatu dari aku jadi orang yang rembat sesuatu.

I'm Fat So What??

Gemok gemok gemok ! (Ngajing)

Perangai macam bebudak. Kau nak ngajing orang apa hal? Kau tu bagus sangat ke? Macam kau tu kurus
sekeping. (Memang sekeping pun, macam cicak kobeng). Orang gemok ni banyak kelebihan dia tahu, nak-nak lagi dari segi kecomelan dia yang memang tak ada tolak bandingnya. Kau sebenarnya jealous kan? Sebab kau tak macam Doraemon. Mana ada orang panggil nickname kau Dora. Mana ada orang panggil kau dengan panggilan Comel. Ta ada kan? Sebab apa? Sebab kau sekeping.

Kau jangan rasa bagus. Aku tahu kau dengki sebab aku lagi hot dari kau. kau dengki sebab tiap-tiap kali tunggu bas, makcik jual nasi lemak selalu bagi aku kuih free, kau ada? Petang-petang kalau main kat taman, mana ada orang bagi kau jadi pencuri sebab kau kurus kau ada tenaga nak lari. Macam aku, orang kesian sebab comel sangat. Kalau kat sekolah cikgu tak suruh aku hantar buku latihan kat meja dia sebab takut aku penat naik tangga tiga tingkat padahal aku ketua kelas. Kau penolong kelas yang kena hantar. Sebab tu kau jealous kan?

Bila beli nasi kat kantin, aku selalu dapat ayam lebih sebab makcik tu takut aku tak cukup makan. Untuk kau dia bagi satu ketul je ayan tu pun bahagian tulang padahal kau suka sangat makan bahagian isi, sebab tu kau benci aku kan? Bila pergi mana-mana, orang selalu puji aku comel, geram tengok aku, cubit-cubit pipi aku. Kau mana ada kan? Bila nak beli baju orang selalu bagi special layanan kat aku nak cari baju size aku, kau mana ada kan?

Kau mungkin boleh berlagak dengan aku sebab kau boleh makan banyak tanpa rasa risau, aku tak kesah pun sebenarnya. Walaupun aku gemok, aku ramai jgak yang minat, kau ada? Walau aku gemok pun ramai yang nak kawan dengan aku sebab rasa aku ni lucu, kau ada? Walau aku gemok sekalipun, aku ada awek/pakwe yang hensem, sayang kat aku, kau ada? Walaupun aku gemok, doktor cakap aku sihat, kau ada?

Mungkin kau boleh makan banyak, tapi boleh ke makan sebanyak aku? Mungkin kau boleh berlagak comel, tapi boleh ke secomel aku? Mugkin kau boleh berlagak hot tapi boleh ke se'hot' aku? Mungkin kau boleh berkawan dengan ramai orang tapi ada ke seramai kawan aku? Mungkin kau rasa kau bagus, tapi boleh ke sebagus aku?

Kesimpulanya, walau aku gemok tak ada kaitan dengan kau. Kakak kau gemok, abang kau gemok tak apa? Aku gemok, kau sibuk pukul canang satu kampung. Hey cicak kobeng, jangan nak berlagak sangat kau kurus, aku pun boleh kurus taw, dalam mimpi..

* Jangan jadi macam cibai,
Well night and gud bye..

Kau Comel Tapi....

Kau Comel Tapi
Kau Bingai

Kau Comel Tapi
Kau Sengal

Kau Comel Tapi
Kau Bendul

Kau Comel Tapi
Kau Pendiam

Kau Comel Tapi
Kau Gelak Macam Haram

kau Comel Tapi
Kau Ego

Kau Comel Tapi 
Kau Gampang

Kau Comel Tapi 
Kau Penakut

Kau Comel Tapi 
Kau Tak Adventure

Kau Comel Tapi 
Kau Keras Kepala

Kau Comel Tapi
Hati Kau Kaku

Kau Comel Tapi
Kau Buat Aku Macam Batu

Disebabkan Kau Comel Jugak
Kau Buat Aku Rindu Sayang Kamu

p/s : Kamu yang jauh, ini untuk kamu (^^)

Selamat Tinggal History

Bila tak boleh tidur, mulalah teringat kisah-kisah gedik di waktu kala dulu. Aku ni masa zaman muda remaja gatal plus miang, maka banyaklah episod-episod bahagia dan sedih terjadi dalam kehidupan lama aku. (AYAT TAK BOLEH BLAH LAGI).

Kisah cinta monyet zaman sekolah aku. Banyak sebab aku ni kan ada satu penyakit iaitu LEUKIMIANG. First boy aku (semangat nak bercerita), I bukan nama sebenar. Baik gila, hensem pulak tu. Kui kui kui. Dia gaya ala-ala punk tapi jiwang plus manja. Ramai yang tak sangka dia macam disebabkan cara dia bergaul kasar sikit tapi dengan aku taklah. Nak kena cepuk dengan aku lah gamaknya. Disebabkan dia terlalu baik dan sayang kat aku, aku jadi macam naik lemak. Sampai satu tahap aku rasa aku tak boleh nak go on sebab dia terlalu baik. So, aku break off dengan dia. Itulah first love aku dan aku sangat tak percaya bila orang cakap, first love is always forever. Tapi aku setuju kalau first love is unforgettable. 

* Jangan Berhenti Baca Sebab Ada Lagi Story

Second boy masa aku form 4 lah agaknya, aku pun ingat-ingat lupa. S bukan nama sebenar. Masa ni aku dah matured lah orang putih cakap, so komitmen tu tinggi sikit (ayat kalah artis). Tapi bak kata pepatah Siam, what is meant to be is meant to be, what's not to be would never be. Biasalah lelaki ni, silap aku percaya sangat dah kena tipu. LELONG LELONG LELONG! Gitu lah perasaan aku masa tu. Macam mana boleh kantoi, ada mamat yang bagi tahu aku. Mamat ni suka aku, tapi disebabkan aku dah ada yang disayangi, maka kami berkawan. Disebabkan dia tak nak tengok aku kena main, dia bagi tahu. Bagus betul dia kan tapi kesudahan cerita aku tak couple pun dengan mamat yang memegang watak baik dalam cerita aku ni sebab kami tak secocok. Gituuuu!

Alkisah dipanjangkan lagi bila aku masuk kolej. Aku rasa hidup sanga freshie gila. Best taw jadi dak baru kat kolej. Ada ramai admire, ada ramai yang usha. (Gila attention!) maka bertemulah empat mata, dua mata aku, dan dua lagi mata D bukan nama sebenar. Awal-awal aku gedik-gedik je. Saja bosan aku layan lah dia. Tapi lama-lama aku jadi sayang and aku betul-betul bagi komitmen kat dia. (berkumandang lagu awi rafael). Masa tu tak ada dah istilah scandal ke, teman tapi mesra ke, dia sorang je. Setia lah kononnya. Tapi kisah hidup aku ni agak dramatik dimana aku kena transfer masuk U.i.T.M. Awal-awal tu dia okay then lama-lama aku msg tak balas, call susah angkat. Maka kesimpulannya, dia dah tinggalkan aku (SHIT!).

Well, it almost 2 years by now, tapi pasal dia aku still ingat. Baru petang tadi aku text dia sebab I miss him (TAK MALU!). That;s why dulu aku selalu mention kat dia, "Saya mungkin boleh tunggu awak lama mana pun tapi awak boleh ke?". And dia reply " Hurmm.. Saya pun tak pasti.". Terobek jugaklah dengar statement gampang dari si dia tapi nak buat macam mana, dah suka ku telankan saja.

* Kadang-kadang tu jea;ous jugak tengok member dah ada pakwe -_-

Hilang Arah

Biasa kalau orang tanya aku, aku kenapa aku akan cakap aku tension. Aku sendiri tak tahu kenapa tapi tu je jawapan paling relevan aku rasa untuk aku jawab. Dua tiga hari ni aku asyik gelak tahap melampau-lampau. Aku pelik jygak kenapalah aku gelak bagai nak rak, aku nak nangis ke esok. Tunggu punya tunggu tak nangis pun. Tapi rupanya, ku sangkakan hujan sampai ke petang, sebelum subuh dah ribut taufan.

Sia-sia aku suka dia. Siapa dia? Jangan kau tanya, sebab aku tak boleh nak jawab. Secanggih-canggih internet, still tak boleh nak bercakap lagi ikut blog. Sebab tulah aku tak boleh nak jawab dan jangan korang nak bazirkan masa nak bertanya. 

Kecewa gila kot bila orang yang kau suka tiba-tiba suka orang lain. Pedih hati. Tapi disebabkan aku ni jenis sayang member, aku tak kisah. Asalkan member aku bahagia. Walaupun aku sedih tapi tak ada lah sedih mana since ramai lagi manusia kat luar sana. Kalau lelaki melayu terkahir dah pupus, aku cari lelaki cina terakhir. Apa susah. Simple kot.

hati tengah sakit sebenarnya tapi aku gagahkan jua. Nak buat macam mana, kita tak boleh paksa apa lagi nak memaksa, ye dak? Sabar je la.. Telan je la.. Chow!

Bukak Buku Baru

*Huarggghhhh (menguap-nguap macam dah seminggu tak tidur)

Bosan bermuka buku. Tak ada apa aku nak banggakan dengan mukabuku aku. Friend lists tak de la ramai mana , adala dalam pat ke nam ratus (cara cakap poyo sial), gambar profile pun tak adalah sehebat Angelina Jolie (iras-iras mungkin), satus update pun tak adalah sekontroversi Memey dan Norman. Setakat biasa-biasa aje.

Sedar tak sedar, pejam celik, bukak tutup mata dah nak habis dah bulan february tahun 2012 tapi aku still macam dulu jugak. Lawa macam dulu jugak, cun macam dulu jugak, pendek kata semua sebagus macam dulu jugak. Lebih bagus mungkin. (Rasa nak lempang je kan?) Aku nie muka memang awet muda tapi umur dah tua. Member-member aku yang sebaya aku semua dah berpasang-pasangan. Cuma aku je sebatang kera lagi. What to do. No jodoh mungkin. (Tension!)

Yang bagusnya aku ni, kalau orang lain dah mandi bunga bagai, jumpa pawang tok batin dan segala jenis haram jadah sebab risau tak ada orang yang melekat tapi bagi aku itu semua ketentuan. What meant to be is meant to be. Bercinta bagai nak rak pun tapi kalau dah takdir korang putus, lepas tu ex korang tu jadi laki aku, tetap akan jadi laki aku. (Ayat tu sekadar ilusi sahaja).

Ada masa berbunga tahun 2011 tapi bak kata orang barang yang lepas jangan dikenang. Kita tengok barang baru yang tengah sale, lagi syok. Cantik pun cantik. Apa ke hal nak risau-risau. Kita chil and relax je. Lagi pun sejak menjengah ke umur yang lebih matang ni (ayat orang matang, ko ada?) aku mula berfikir dan terus berfikir untuk maju dan aku menemui satu resolusi yang sangat brilliant bagi aku iaitu dengan TIDUR kerana stress mampu dihindarkan. Renung-renungkan dan selamat beramal. Chow!

Woo Hooo

Angin kipas sempoi bahasa menepis rambutku. Ayat ke main jiwang sial. Ko ada? Dah lama sangat aku rasa aku tak lap habuk kat blog aku. Now very jambu-jambu u all.. Pink gitu katanya.. Bukan aku sengaja nak mengundang rasa menyampah korang kat aku tapi aku memberanikan diri aku mencuba sesuatu yang baru. Disebabkan aku tak ada masa nak pikir pasal azam 2012, aku jadikan menukar blog kepada warna adik-adik adalah impian aku, so sekarang ni impian aku dah tercapai. Korang ada gigih berjiwa kental macam aku? Tak adakan. 

It's almost 4 month aku mengharam jadahkan kehidupan aku dengan bertungkus-lumus berpractical disuatu tempat yang pasti masih lagi dalam Malaysia. Agak-agak tinggal 3 ke 4 hari lagi, I'm done with it. So, I'm back to normal. Hahahaahahahaahahaa (gelak setan - seronok barangkali)

I'm going to continue my campus life, study and everything yang dah lama aku tinggal.. Entah hantu mana merasuk aku, I miss to study damn so much. What happen to me, aku sendiri tak tahu but the thing is aku tak sabar nak jumpa geng satu kepala. Lepak dan gila-gila lagi. Hidup happy-happy, no adult things to worried about. What a life dude!