Dan Lelaki Itu Yang Aku Tunggu

Lelaki itu lebih dari segalanya bagi aku. Dia terlalu sempurna sampaikan setiap perlakuan, kesalahan yang dia lakukan aku rasakan itu hanyalah lumrah bagi seorang yang bergelar manusia. Aku terlalu sayang. Kerana dia yang pertama. Kerana dia aku cuba berubah untuk jadi yang terbaik. Kerana dia aku cuba untuk menjadi yang sempurna dimata dia. 

Aku tahu, dialah yang satu-satunya. Kerana dia, aku buang segalanya. Keran dia aku cuba setia. Pada mata aku hanya dia saja. Terlalu aku bahagia pada saat itu. Ramai mengeji, ramai menasihati aku, "Jangan kau percaya, kembali pada yang lama, tinggalkan dia, dia tidak seperti yang kamu sangka". Aku tersenyum. " Aku percaya, hanya dia setia, hanya dia saja yang aku cinta". 



Kerana dia, aku gembira. Dunia bagai aku yang punya. Yang lain datang, aku pejamkan mata, " Saya sudah ada dia". Senang aku berkata sambil tersenyum melihat dia. Aku terlalu jatuh cinta. Pada lelaki itu. Lelaki yang yang terlalu baik pada aku. Aku setia padamu, apa pun yang terjadi, aku tetap disini.

"Dia cuma memainkan kamu saja, lupakan dia, ada yang lebih baik menunggu". Terlalu banyak kata meminta aku berlalu. Tapi aku yakin dengan pendirian aku. Aku tahu kalau aku mahu berlalu, aku takkan mampu, kerana lelaki itu yang buat aku bahagia. " Kau bodoh wahai kawan, terlalu bodoh kerana setia pada yang tidak sepatutnya". Aku tetap tersenyum, kerana lelaki itu buat aku gembira.

Aku biarkan masa menentukan segala. Biarpun aku tahu kau sudah ada yang punya. Biar aku tahu kau bahagia. Biar aku sendiri sedih pilu sakit dijiwa. Kerana aku terlalu sayang pada kau. Kau yang sudah jauh kedepan, meninggalkan segala kenangan. Tinggal aku sendiri, berharap kau kembali kepada aku. Aku akui aku bodoh menilai cinta, tapi aku cuma manusia biasa, yang telah jatuh rasa pada seorang lelaki. Seorang lelaki yang tak pernah menghiraukan aku, yang tak pernah peduli betapa aku rindu, betapa aku sedih melepaskan dia pergi. Walau apa pun yang mereka kata, tetap lelaki itu yang aku tunggu.

No comments:

Post a Comment