The Ending of The Attraction

Assalamualaikum and Selamat Berpuasa...

How your doing guys? Horrible or suck? Well, itu tak penting pun sebab tak ada kena mengana langsung dengan belog aku ni kan but just to look yang aku ni care, so I ask. How to start? Dah banyak kali its happen, bila aku nak menulis pasal DIA je confirm I lost my words.

The story start....

Okay, aku tak tahu ape merasuk dalam kepala otak aku yang tak berapa nak waras these few days, aku text si mamat gojes yang aku rasakan dia sangat jojes. Since dia perasan aku rasa dia jojes maka dia pun menjojeskan diri dia bila texting dengan aku walhal kalau dia tak buat jojes pun aku tetap rasa dia jojes.

We keep texting each other not more than 10 minutes, then like usual he would say, "Dah ngantuk. Nytes".. Okay, seriously mamat tu memang bodoh. Aku rasa dia manusia paling lanahat dalam dunia. Tak tahu ke dia it took me a week berfikir patut ke aku text dia. Then aku waste my precious 10 minutes just for that kind of message. ^&%#$%*&^

Kesudahannya, aku kecewalah dengan situasi yang berlaku beberapa saat yang lepas. Sangat kecewa. Then itu buat aku berfikir, how long ak nak stay waiting for that horrible guy? Aku dah jumpa too many guy yang tersangat horrible dan dia adalah salah seorang daripadanya dan termasuk dalam list LE:LAKI PALING DIBENCI aku, he got secong place after budak sekolah aku yang suck yang pernah ngorat aku macam sial dan aku pun macam sial suka kat dia walhal dia just fun-fun dengan aku. Fun Fun Fun..

Bila fikir balik, bagi aku most guys are suck! Kalau boleh aku nak conclude love easy come and easy go. But disebabkan aku ni jenis spesis lover yang sejati maka that's hard for me. So, aku dapat jangkaan aku dah tunggu that horrible guy for one and half year, and that makes sense for me to wait for another one and half year. Euww

For spesis pathetic lover macam aku, aku would say it's hard for them to let go bila diorang start loving. You should appreciate this kind of people you know. Kalau pergi pasar nak dapat dua singgit memang tak dapat sebab limited edition. Apatahlagi nak cari borong dekat E-bay. Aku rasa lucky because I'm hurt for many times and that's makes me who I am today. Dan aku sangat aware dengan manusia dajal semacam ini. Once I love, I love you too much but once I hate I gonna hate you for the rest of my lifetime.. How was it? Cool right? I know. ^_^

Kau Gila Sayang

Welcome back good girls and hated boys. Nice greeting for you guy sempena bulan puasa ni. Sorry guys. No good greeting for you all sebab aku tak nampak kebaikan dia. So, sila bersabar.




: No idea why aku letak gambar ni:

No more loving-loving entry. Okay. Aku tipu korang but dah dikira bukan menipu sebab korang dah tahu aku tipu. Sempena fasting month yang awesome ni, let's motivate ourselves. From bad to good one. Dari puasa tak ikhlas kepada puasa yang seikhlas hati sampaikan orang dah azan maghrib pun tak nak bukak lagi sebab ikhlas sangat. Okay. That's too much dude! Don't go overboard. 

Lama sangat dah tak borak dengan teman gosip aku yang paling setia, Rasyaz. She's own a blog too like me. I would like to call her my sayang sebab she the best friend ever. Kegilaan yang dimiliki hampir menyerupai kegilaan aku, that's why we match to each other. Although sometimes kita orang ada jugak bergaduh manja but that's nothing compared to what we had shared together through the year. 

I got to know my sayang masa aku part 2. Masa tu seriously, aku langsung tak kenal dia. Aku lupa macam mana aku boleh rapat dengan dia but we made friend without we know right? Suka sangat melepak dengan dia. She's very bubbly dan kita orang suka sangat story-story. That's why we never end up diam membisu sejuta kata. We never stop talking.


:Friends in need is friends in deed:

Kau memang gila yang AWESOME my sayang! Takkan jumpa someone else yang macam kau. Entry Aku Gadis Epal Tapi Aku Jatuh Cinta is actually based on her idea and I wrote that entry and posted it to my blog. Discrimination I did to her. Hahaha. But the entry really goes to her. Bravo my sayang for your brilliant idea. I think you should change your profession to be an editor. Your idea was AWESOME!  

Love Just Like A Candy

Nice day and happy fasting my dearest bloends (blog friends). Terliur tengok my niece and nephew yang tengah makan gula-gula. Tak pernah-pernah aku sentuh gula-gula since aku in secondary school lagi tapi dugaan puasa punya pasal, sampai budak-budak makan choki-choki pun aku rasa nak meleleh air liur aku. Cobaan yang sungguh besar dan dasyat for me in this fasting month. *_*



* Nevermind, I'll find someone like you.

I wish nothing but the best, for you too.
Don't forget me, I beg, I remember you said:-
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead"
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, yeah.





Let's go like usual. Let's talk about love. Since aku break off, I never stop talking about love. Semua entry aku is about CINTA and that's suck. Totally.Tapi all this untuk motivate aku meanwhile share something with you guys in this blog. Now I realize, love is just an option. Kalau tak bercinta pun, you still can live on. It's an option for you to fill up some space in your heart, getting together two soul. 


Aku concludekan  love is more like candy. It's beautiful to be see, it's sweet to be taste but it just for a while. Tengah syok-syok kemam gula-gula tu, tiba-tiba dah habis. Baru nak rasa kenikmatan dia, terpaksa makan gula-gula yang lain. Love is sweet, nampak macam happy for those yang bercinta lalu-lalang kat depan masa tengah lepak kat kedai mamak. Tapi love is also unpredictable. It came in second and it can leave us without any temptations.

<Love is cruel Love is happy Love is hates Love is donkey Love is hell Love is heaven Love is too much Then, it's how it should be>

Don't Cry Little Heart

* Ramai pulak kawan-kawan ajak buka puasa

But end up dengan aku duduk kat bilik, layan lagu raya sambil blogging. These few days, mood nak hangout disappeared macam tu je. Mood still berkabung after my only granny passed away, tinggalkan aku. Aku realized, these few days banyak sangat hal yang buat hati aku sedih. Mungkin aku makin sensitif, tapi entah.

Mula-mula, Mr. Hate tinggalkan aku. Okay, it is not he is the one who left me behind, but he never look for me after we break off. Such shit! Aku hilang sense untuk loving a person more than a friend. For me, let's be friend, it's better because you guys would never left me behind. Mungkin layanan seorang kawan tak sebagus layanan your ex. Tapi it's better than to be hurt again and again. The one who suffer macam nak mati is YOU!


Aku admit after break off, aku macam lost. Hilang guide. Damn! Tapi that's the truth. It's took me quite sometimes untuk aku sedar realiti yang sebenar-benarnya, tak ada yang benar melainkan yang benar belaka. Aku macam orang bodoh, tak pandang manusia yang ada depan mata sebab berharap sangat Mr. Hate will come back. And all my effort paid off, he never come back actually. Everyday, aku stalker muka buku nya dia. Sound crazy and psycho, aku pun macam tak percaya aku boleh jadi macam tu. But life must go on, we need to move forward and bila aku fikir pasal future aku yang masih kabur berhabuk, aku mula think positive. Very positive sampaikan aku sekarang ni hardly to cry.

Aku fikir pasal family, aku ada family aku yang aku sayang dan tidak mengecewakan they all pun sayang aku melimpah-ruah. Gedik dan propa sangat tapi ada aku kesah. Life must go on, so I move on. Don't wanna to waste my precious air mata for those yang lanahat especially Mr. Hate. Walaupun still aku tak dapat nak remove dia dari friend list aku dalam buku muka, but I can live my life with or without him. I'm nearly twenty so I will act matured like I should. No boy no cry. PROUD!  




Dia Kesayangan Saya Sampai Bila-Bila

Hati sebak membengkak, mulut terkunci rapat, lidah kelu membisu, air mata tak kering-kering. Dia orang yang didik aku, jaga aku, protect aku since I was a baby. Dia terlalu banyak mempengaruhi hidup aku. Tanpa dia, aku tak rasa aku mampu  berdiri ditempat aku sekarang ni.

Mungkin aku tak mampu nak bandingkan dia dengan parents aku sebab both of them dah terlalu berjasa pada aku. Aku takkan mampu membaca tanpa buku-buku pra belian parents aku. Aku tak mampu nak bertatih tanpa ada tangan nenek aku yang sentiasa menghulur memberi bantuan. Aku tak mampu nak membeza atau berhujah tentang jasa mereka. Yang pasti, aku adalah manusia yang bertuah.

Rasa sayang tak pernah kurang. Tak pernah ada kata-kata dari mulut dia yang menguris apatah lagi nak merobek hati. Dia manusia penuh kelembutan. Kelembutan yang takkan aku jumpa dari mana-mana manusia selain dia. Kelembutan yang boleh melembutkan hati keras durja aku. Kelembutan yang boleh membuat kemarahan berukir senyuman. Tak siapa yang mampu kecuali dia.

Aku rindu. Aku terlalau rindu. Masa yang ada, aku tak hargai. Aku lalai. Dengan kerja sendiri. Lupa akan dia yang sedang sakit terlantar. Aku tak mapu nak menghulurkan tangan untuk membantu apatah lagi tenaga untuk menjaga sebab aku terlalu mengejar impian yang aku sendiri tak pasti benar atau tidak. 

* Al-Fatihah buat my granny yang telah dijemput ilahi. Semoga tuhan mencucuri rahmat keatas rohnya. 

Nota Kaki Untuk Dia

* It's must be a long time
Long enough for these words to become colorless
Even if I see your eyes I know everything
Like your friend like your shadow

Aku speechless sekarang ni sebab aku tak tahu apa yang aku nak cakap. Kalau korang bagi aku pensel dengan kertas pun, aku tak janji aku dapat tulis something kat atas kertas tu. Sebab aku speechless. Aku tak tahu macam mana nak cakap tapi aku yakin kau takkan faham sebab simple matematik question pun kau ambil masa dua hari nak siapkan.

* When you have to look away
When you don't have much to say
That's when I love you
I love you just that way

Macam mana aku nak bagi tahu kau supaya kau faham? Aku nak bagi ayat bahasa melayu siap dengan penanda wacana rasa tak romantik pulak. Aku nak bagi ayat cinta bahasa English, risau sebab tak pernah aku tengok kau lulus English masa sekolah dulu. How about simple ILY? Kau rasa kau boleh faham tak apa aku nak cakap? Kau faham? Tak? That's it.

*Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan tuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada dihati
Untuk didampingi untuk disayangi

Kenapa aku suka kau? Sebab kau gila. Sebab kau comel. Werk! Annoying kan? Aku tahu kau tak boleh terima aku cakap macam tu kat kau sebab selalu kau kena maki plus kena hentam dengan aku. Tu sebab aku tak bagi tahu kau aku suka kau. Cuba kau tahu. Gila kan? Memang gila. Terlalu gila. Tapi tu semua never happened. Aku janji. Aku pasti dengan situasi sekarang. Kau dengan aku jauh beza. Kau laki, aku perempuan, nama kau lain, nama aku lain. Boleh?

(IDEA MERABAN DATANG ENTAH DARI MANA, MUNGKIN DARI JIWA YANG TENGAH KUSUT SEKARANG)

Aku Sayang Kau Kawan

First aku kenal kau mungkin setahu yang lepas. Aku tak sure sangat sebab aku tak pernah kira dan tak pernah nak record dalam buku 555. Bagi aku masa tu, kau cuma biasa-biasa saja. Kau tak hensem, apatahlagi bergaya. Kau tak kaya apalagi berharta. Kewujudan kau pun nampak tak nampak je. Jujurnya, kau tak pernah masuk dalam senarai Lelaki Aku Patut Pandang jauh sekali nak ada dalam Top 10. 

Tapi at last, kau jugak yang aku rapat. Kau kawan aku yang terbaik! Aku selalu sangat cakap. Mungkin kau dah bosan tapi macam aku kesah. Bila kau tak ada, aku rasa ada sesuatu hilang. Bila kau menghilang, aku tercari-cari macam orang bangang. Orang hilang arah, orang hilang tujuan. Aku lost dalam suasana yang aku dah biasa. Mungkin sebab ada something yang kurang, Kau Kawan!

*Aku rasa aku dah sayang kau. Mungkin suka jugak. Walaupun kau tak ada ciri-ciri sempurna Lelaki Patut Pandang, tapi aku dah suka kau. Kau tak marah aku bila aku marah kau. Kau tak pukul aku walaupun aku selalu sangat belasah kau. Kau tak bahan aku sungguh pun kau dah bosan asyik-asyik aku yang bahan kau. Orang nampak kau layan aku kasar bagi aku kau sopan sangat. Orang nampak kau spastik dengan aku tapi bagi aku kau sweet sangat. orang cakap kau kalut tapi bagi aku kau comel sangat. Aku jadi buta tuli sebab aku dah suka kau. Kau kawan aku dan aku suka kau. 

Dah lama benar masa berlalu. Kau dah lama aku tak jumpa. Apa khabar kau kawan? Nak je aku bertanya, menyibuk macam minah kepoh yang tak ada kerja mencari cerita. Cerita pasal kawan yang aku suka, cerita pasal kawan yang dah lama aku tak jumpa. Kawan yang aku suka sampai bila-bila, walaupun aku dah kahwin bernak dua. Sebab bagi aku kau adalah yang terbaik. Mungkin pada masatu laki aku sehensem Anuar Zain, mungkin pada masa tu laki aku sesegak  Shaheizy Sam, mungkin laki aku setegap Aaron Aziz. Tapi aku pasti aku takkan lupa kau. Sebab kau kawan terbaik pernah aku ada.

Aku Gadis Epal Tapi Aku Jatuh Cinta

Hati macam nak pecah, ada something yang aku simpan, hati rasa sebak, ada sesuatu yang aku sorokkan. Mata rasa berhabuk tapi tak mampu nak bergenang. Mungkin kerana ego. Ego yang aku kumpul selama berdekad-dekad semata-mata kerana aku tak mahu jadi perempuan yang senang.


*Kita ibarat epal kawan, kita tunggu untuk dipetik dan bukan buah yang sudah jatuh gugur menyembah bumi dan dikutip sesenang hati oleh sesiapa saja yang lalu.

Kenapa orang lain boleh gembira tapi bukan aku? Kenapa orang lain boleh bersuka ria tapi bukan aku? Banyak pertanyaan yang menunjah-nunjah otak pemikiran karat aku. Aku senyum, dan terus senyum. Sebab aku sendiri tak ada jawapannya. Aku berjalan diatas bumi, tanpa tahu arah tujuan aku. Tanpa tahu kemana kegembiraan aku. Aku mengejar kegembiraan tapi bukan kegembiraan yang kejar aku. Aku senyum bila dipersetankan oleh manusia sekeliling, bukan aku suka, bukan aku rela cuma aku malas. Malas bertikam lidah dengan hati manusia yang tak mahu kalah. Malas memperjudikan nota-nota dalam kotak mental aku untuk manusia yang sombong bodoh.

Aku bukan jenis perempuan yang cair atas ayat kuno zaman purba. Aku bukan spesis yang jatuh cinta atas dasar rupa serta harta. Aku boleh jatuh cinta cuma kerana dia adalah dia. Aku tak harapkan bercinta atas kapal macam Titanic, alih-alih si Romeo mati kerana kesejukkan. Aku suka lelaki yang berani. Sesungguhnya, aku tak pasti wujud lagi ke lelaki sedemikian di zaman berteknologi tinggi ni. Mostly, perigi cari timba. Tapi pada aku it's okay as long as that boy memang suka kau tahap dewa. Tapi bagi aku, aku tak percaya semua tu. Perempuan bila dia suka dia betul-betul suka, tapi lelaki, they different.They can fall in love in a minute, and they forget you in a second. 

Hal yang lepas ajar aku untuk jangan percaya kat lelaki. Walau sesuka mana aku kat si boboy tu, aku takkan cakap aku suka. Walau segila mana aku minat kat dia pon, aku takkan cakap aku minat. Being rejected is like someone come to me and pull my hair and leave without any explaination. Sekarang aku rasa bosan. Bosan tunggu orang yang memang tak pasti tapi still aku tunggu jugak. Soalan cepumas: Siapa suka saya? Boleh ke macam tu. Memang taklah kan. Aku dah pernah buang ego aku jauh-jauh semata-mata nak cakap yang aku suka dia, tapi last-last statement dia " I dah ada awek tapi I memang suka U sangat-sangat". Aku tak suka bahagikan apa yang aku ada so aku pon tak nak dia bahagikan apa yang dia ada. 

Itu Semua Monolog Dalaman Sahaja

"You know you truly love someone when everyday you meet is like the first time you fall in love."

Geli tak aku nya qoutes untuk kali ni. Haha. Memang niat dihati aku nak state something different yang somtimes aku sendiri pun tak tahan bila aku baca entry aku. Jari-jari tangan aku ni dah gedik-gedik nak menulis tapi apa yang aku nak tulis aku sendiri kurang pasti. So, just go with the flow and let's see macam mana permain dia. hahaha

Apa perasaan korang bila korang nampak laki/ jejaka/ boboy or what so ever yang tahap kehenseman dia Lee Min Ho pun tak dapat challenge. Haruslah korang pun secara spontan dan tak tahu malunya usha je mamat tu sampai bayar makanan kat kafe pun buat-buat lupakan? Hebat tak hebat penangan dia. Nampak tak permainan dia kat situ. 

korang ni kena kuatkan iman didada. Asal mamat market sikit tegur terus berangan tak tentu hala. Bajet hot la tu. Ala setakat tegur je kot. Kalau bangla kat mamak yang tegur ko tak ada pulak ko nak berangan sampai ke negara China kan? Think out of box. Walaupun spesis manusia bergelar gegurls ni dah makin kontra dengan nisbah manusia bergelar boboy, tak salah korang jual mahal. Konsep dia sama je. Kalau korang beli something yang datang dari titik peluh korang yang berbakul-bakul, korang appreciate tak? Of course lah kan. You know how hard to get the thing and you will appreciate when you have it. Aku saja je cakap semua ni. Ni bukan aku. Bukan aku.

Lelaki tu kalau setakat borak-borak cipta modal, tu bukan sebab dia suka or dia adore. Saja dia nak menghilangkan rasa bosan dan rasa kekok yang menebal dalam diri. Korang jangan mudah sangat nak percaya. When a guy treat you like you are special person to him, it's mean you are a friend that he comfortable the most. Basic kot. Rambang-rambang pun boleh agak la. Ni semua berdasarkan imaginasi aku yang semakin berkembang sejak-sejak bulan puasa menjelma. Yang aku cerita ni bukan aku. Bukan aku.