Entri Ni Entri Sedih

Hot day for a hot stuff.. Sekarang ni baru aku sedar Malaysia tersangat panas berbanding negara lain.. No wonder mat saleh yang datang sini asyik dok cakap "Malaysia quite hot".. Kalau dulu aku akan cakap balik "Ala.. Orang dah biasa dengan salji, memang la cakap macam tu.. Quite hot quite hot.. Neraka lagi panas tahu".. Tapi sekarang ni aku terpaksa bersetuju dengan mat saleh tu walaupun aku sememangnya tak pernah sebulu...

Bila aku tanya kawan-kawan aku, who do you think I am? What kind of person.. Totally dorang akan cakap, first jumpa aku, dorang ingat aku sombong, bongkak, takbur dan sebagainya.. Bila dah kenal, aku very talkative, sporting, gila-gila, meraban tak tentu hala.. Aku tak tahu nak terima tu sebagai satu pujian atau compliment.. Tapi   yang pasti, dorang sebnarnya tak cukup kenal aku lagi.. Semua tu macam topeng aje.. It's the way aku tutup kelemahan aku.. Salah satu cara aku cover masalah aku..

Everybody got their own problems... Cuma ada satu hamba Allah ni je yang kenal aku.. First masa dia berdua aje dengan aku, lepak dekat rumah dia.. Aku duduk je, tak cakap apa-apa sambil duk strung gitar tu.. Tiba-tiba dia tanya aku, "Kau memang macam ni eh??".. Aku yang still duk blur-blur alam time tu cuma mampu tengok penuh harapan je kat dia.. Harapkan penjelasan yang lebih lanjut.. Tapi dia senyum je pastu sambung balik membelek gitar dia..

Hidup aku dulu, cuma ada aku, gitar dan sebuah buku.. Nilah kawan-kawan aku yang paling rapat dengan aku.. Dorang tempat aku mengarang setiap detik rasa yang aku alami.. Pada aku tak ada orang yang dapat faham aku selain dorang.. Dan cara kitaorang communicate melalui coretan lirik yang aku tulis dengan bantuan hati yang turut sedih.. Bait-bait lagu dimainkan dengan adanya sebuah gitar pemberian seseorang, dan seseorang itu adalah dia.. Siapa dia? Dia adalah seseorang yang cuma aku kenal.. Dia adalah seseorang yang cukup memahami aku.. Dan dia jugak adalah seseorang yang pergi tinggalkan aku sendiri...

Terlalu banyak rahsia tentang dia.. Dia yang tidak pernah aku kenalkan pada sesiapa pun.. Dia yang mana cuma aku yang tahu.. Dan dia jugak yang aku cuba rahsiakan dari semua.. Kenapa aku bercerita tentang dia? Sebab aku cuma ada kenangan tentang dia.. Dia yang takkan kembali lagi semula.. Dia yang ada ketika aku gembira, dia yang ada ketika aku duka, dia yang sentiasa menjaga aku.. Itulah dia.. Seorang kawan yang sangat aku sayang..

Lagu : Kamu
Lirik : Minawa Yumi


Hati terlalu sepi
Setelah kau pergi
Tinggalkan aku sendiri

Datanglah kembali
Menemani hati ini
Kerna cuma kamu yang aku miliki

Teringat kenangan lalu
Ketika kau disampingku
Bahagia ada teman seperti mu

Kau membuat ku gembira
Kau juga berikan ku derita
Tak ku sangka tak ku percaya
Kerna kau segalanya
Kerna kau hatiku yang ke-dua




1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete