Selamat Tinggal History

Bila tak boleh tidur, mulalah teringat kisah-kisah gedik di waktu kala dulu. Aku ni masa zaman muda remaja gatal plus miang, maka banyaklah episod-episod bahagia dan sedih terjadi dalam kehidupan lama aku. (AYAT TAK BOLEH BLAH LAGI).

Kisah cinta monyet zaman sekolah aku. Banyak sebab aku ni kan ada satu penyakit iaitu LEUKIMIANG. First boy aku (semangat nak bercerita), I bukan nama sebenar. Baik gila, hensem pulak tu. Kui kui kui. Dia gaya ala-ala punk tapi jiwang plus manja. Ramai yang tak sangka dia macam disebabkan cara dia bergaul kasar sikit tapi dengan aku taklah. Nak kena cepuk dengan aku lah gamaknya. Disebabkan dia terlalu baik dan sayang kat aku, aku jadi macam naik lemak. Sampai satu tahap aku rasa aku tak boleh nak go on sebab dia terlalu baik. So, aku break off dengan dia. Itulah first love aku dan aku sangat tak percaya bila orang cakap, first love is always forever. Tapi aku setuju kalau first love is unforgettable. 

* Jangan Berhenti Baca Sebab Ada Lagi Story

Second boy masa aku form 4 lah agaknya, aku pun ingat-ingat lupa. S bukan nama sebenar. Masa ni aku dah matured lah orang putih cakap, so komitmen tu tinggi sikit (ayat kalah artis). Tapi bak kata pepatah Siam, what is meant to be is meant to be, what's not to be would never be. Biasalah lelaki ni, silap aku percaya sangat dah kena tipu. LELONG LELONG LELONG! Gitu lah perasaan aku masa tu. Macam mana boleh kantoi, ada mamat yang bagi tahu aku. Mamat ni suka aku, tapi disebabkan aku dah ada yang disayangi, maka kami berkawan. Disebabkan dia tak nak tengok aku kena main, dia bagi tahu. Bagus betul dia kan tapi kesudahan cerita aku tak couple pun dengan mamat yang memegang watak baik dalam cerita aku ni sebab kami tak secocok. Gituuuu!

Alkisah dipanjangkan lagi bila aku masuk kolej. Aku rasa hidup sanga freshie gila. Best taw jadi dak baru kat kolej. Ada ramai admire, ada ramai yang usha. (Gila attention!) maka bertemulah empat mata, dua mata aku, dan dua lagi mata D bukan nama sebenar. Awal-awal aku gedik-gedik je. Saja bosan aku layan lah dia. Tapi lama-lama aku jadi sayang and aku betul-betul bagi komitmen kat dia. (berkumandang lagu awi rafael). Masa tu tak ada dah istilah scandal ke, teman tapi mesra ke, dia sorang je. Setia lah kononnya. Tapi kisah hidup aku ni agak dramatik dimana aku kena transfer masuk U.i.T.M. Awal-awal tu dia okay then lama-lama aku msg tak balas, call susah angkat. Maka kesimpulannya, dia dah tinggalkan aku (SHIT!).

Well, it almost 2 years by now, tapi pasal dia aku still ingat. Baru petang tadi aku text dia sebab I miss him (TAK MALU!). That;s why dulu aku selalu mention kat dia, "Saya mungkin boleh tunggu awak lama mana pun tapi awak boleh ke?". And dia reply " Hurmm.. Saya pun tak pasti.". Terobek jugaklah dengar statement gampang dari si dia tapi nak buat macam mana, dah suka ku telankan saja.

* Kadang-kadang tu jea;ous jugak tengok member dah ada pakwe -_-

No comments:

Post a Comment