You are the best, never mind about the rest

After 2 weeks struggling with dinner and also busy handling BBQ, at last dapat jugak hem bersenang lenang, bersuka ria, berjalan-jalan sambil pekena mekdi seset dua. Hidup ni sungguh awesome dan tiada yang lebih awesome melainkan blogging. Wee~

Aku rasa aku sangat hebat dan aku bangga sebab aku rasa aku hebat. Aku hebat dalam blogging wlaupun followers aku cuma 19, menunjukkan aku sangat humble dan low profile dan blog aku ini boleh mengutuk mengata sesiapa sahaja yang aku rasa aku nak dan aku suka. Aku rasa sangat hebat sebab selama aku jadi blogger dan selama aku keje mengstalker blog orang, blog aku dalam blog yang mempunyai paling sikit followers. 

" Ala.. Dah blog ko memang tak femes, memang tak ada orang hadap pon, byk pulak cakap dia"

Good. Satu luahan ras ayang sangat jujur dan itulah yang kita cari. Luahan rasa yang jujur dari hati yang ikhlas tanpa ada sedikit pun perasaan cemburu hipokrit dalam diri. Kerana ye bila kita mahu maju dan mahu melihat orang disekeliling maju, kita harus jujur supaya orang itu dapat memperbaiki diri dan juga segala jua keadaan disekeliling. Okay. Fullstop. Meraban banyak sangat.

Aku sayang sangat blog aku. Walaupun setiap entri yang aku tulis, tak ada seorang pon yang komen apatahlagi nak LIKE (macam ada button like), aku tetap bangga. Sekurang-kurangnya, setiap tulisan aku mengutuk mengata hamba-hamba manusia kat dunia nie, cuma aku je yang tahu. Sebarang perselisihan faham tak akan berlaku sebab hanya aku je yang baca blog aku. Wee~ 

Tak mengapa blog aku tak ada manusia yang menjenguk sebab aku tak harap pun korang datang berjalan membaca segala apa yang ada dalam  blog aku. Blog aku hanya untuk aku. Hanya aku yang boleh buat post meraban, mengata orang dan cuma aku yang boleh baca. Sebab tu adalah luahan hati aku. Segala gosip, story yang hot, biasa sangat aku post buat entri, sebab nanti aku akan bukak blog aku baca dan ingat kembali cerita itu sebelum aku keluar melepak dengan member. Supaya masa lepak nanti tak adalah diam membisu je aku nie. Ada jugak cerita nak dijaja. 

Aku sangat hebat, aku suka blog aku, aku suka sangat-sangat. Wee~

No comments:

Post a Comment