Soal Cinta Biarkan Saja

Aku suka dia. Aku rasa dia lah segalanya. Ada diantara korang yang berperasaan macam ni? Perasaan ni datang bila kau suka seseorang dan bila kau jauh dengan dia kau rasa kosong. Bukan kosong blur, tapi kosong cuma mampu kau cakap sebagai kosong. Apa yang kosong kau pun tak pasti.

Ada orang bila dia suka seseorang dia tak pasti. Padahal bila jauh, asyik teringat je, bila tak ada asyik terbayang je, bila terpandang senyum sorang-sorang. Yup. Bunyi gila tapi itulah hakikat yang kadang-kadang kita manusia yang waras dari segi akal fikiran yang jauh dari lubuk jiwang, susah nak mengakui.

Segolongan lagi sangat pasti dengan perasaan yang diorang ada. Sangat yakin perasaan tu benar dan tiada yang benar melainkan yang benar belaka. Tapi bila cuba meluahkan, ada saja perkara yang meruntun jiwa. Cuba mengambil berat tapi dianggap penyibuk. Cuba menjadi penyayang tapi dianggap kuno ketinggalan zaman. Cuba berlagak seperti mana dia inginkan tapi dianggap psiko seperti taksub kegersangan.

Cuma satu yang aku pasti. Cinta tak boleh dipaksa apatah lagi nak dicuba-cuba. Jika suka katakan saja, jika tidak pergi jahanamlah mereka. Jangan bersedih duka lara, meratap nasib yang kena reject aje. Bertawakal dan berusaha, tentu akan ada hasilnya. Wslm~

You are the best, never mind about the rest

After 2 weeks struggling with dinner and also busy handling BBQ, at last dapat jugak hem bersenang lenang, bersuka ria, berjalan-jalan sambil pekena mekdi seset dua. Hidup ni sungguh awesome dan tiada yang lebih awesome melainkan blogging. Wee~

Aku rasa aku sangat hebat dan aku bangga sebab aku rasa aku hebat. Aku hebat dalam blogging wlaupun followers aku cuma 19, menunjukkan aku sangat humble dan low profile dan blog aku ini boleh mengutuk mengata sesiapa sahaja yang aku rasa aku nak dan aku suka. Aku rasa sangat hebat sebab selama aku jadi blogger dan selama aku keje mengstalker blog orang, blog aku dalam blog yang mempunyai paling sikit followers. 

" Ala.. Dah blog ko memang tak femes, memang tak ada orang hadap pon, byk pulak cakap dia"

Good. Satu luahan ras ayang sangat jujur dan itulah yang kita cari. Luahan rasa yang jujur dari hati yang ikhlas tanpa ada sedikit pun perasaan cemburu hipokrit dalam diri. Kerana ye bila kita mahu maju dan mahu melihat orang disekeliling maju, kita harus jujur supaya orang itu dapat memperbaiki diri dan juga segala jua keadaan disekeliling. Okay. Fullstop. Meraban banyak sangat.

Aku sayang sangat blog aku. Walaupun setiap entri yang aku tulis, tak ada seorang pon yang komen apatahlagi nak LIKE (macam ada button like), aku tetap bangga. Sekurang-kurangnya, setiap tulisan aku mengutuk mengata hamba-hamba manusia kat dunia nie, cuma aku je yang tahu. Sebarang perselisihan faham tak akan berlaku sebab hanya aku je yang baca blog aku. Wee~ 

Tak mengapa blog aku tak ada manusia yang menjenguk sebab aku tak harap pun korang datang berjalan membaca segala apa yang ada dalam  blog aku. Blog aku hanya untuk aku. Hanya aku yang boleh buat post meraban, mengata orang dan cuma aku yang boleh baca. Sebab tu adalah luahan hati aku. Segala gosip, story yang hot, biasa sangat aku post buat entri, sebab nanti aku akan bukak blog aku baca dan ingat kembali cerita itu sebelum aku keluar melepak dengan member. Supaya masa lepak nanti tak adalah diam membisu je aku nie. Ada jugak cerita nak dijaja. 

Aku sangat hebat, aku suka blog aku, aku suka sangat-sangat. Wee~

Pancarobana

* Penat malas bercampur-baur menghasilkan moody

Hi Malaysian, all poyo girls and tak guna boys. Tak kesahlah korang punya weekdays suck macam sampah sebab aku punya weekdays double suck. Tension tapi kembali kool sebab aku kan kool orangnya.

Minggu ni aku labelkan sebagai tough week ever yang paling hell aku rasakan. No wonder pantang orang choke aku sikit, aku melenting dah rupa bini kena madu gayanya. What the heck for having thousand friend around but only a few yang teguh bagi support masa korang kesusahan? Terkilan rasa terobek jiwa akan harus ada apa lagi dalam keadaan we need them the most.

"Friend in need is a friend in deed"

Aku nak highlight kan kat sini, kawan yang bergelak tawa dengan kita tak semestinya sanggup untuk menangis dengan kita dan kawan yang menangis dengan kita tak semestinya dia ikhlas untuk menangis dengan kita. Good word walaupun poyo. Sesuai untuk aku remind balik diri aku untuk never trust people unless you them since they're born. Rasa kecewa yang berbakul-bakul ni kadang-kadang boleh buat seseorang tu rasa useless. I've done too much things in my life and this bullshit I've got. hey dude! Never blame the fate. Blame yourself yang tak pandai to choose the right path.

When we start to blame apa yang etrjadi dekat kita, it most likely you guys salahkan diri korang sendiri yang bodoh sombong buat keputusan untuk satu-satu situasi. Jangan sesekali salahkan apa yang dah terjadi but terima je dugaan yang datang tu sebagai satu challenge untuk korang move on menjadi seorang yang lebih dewasa. I mean dewasa it's not like what you think guys. 

Anjakan Paradigma: Move on lovers

*Assalamuaalaikum w.b.t

(Excited bebenar dengan wajah baru blogger posting nie)

Warga student mula bising dengan alkisah adanya tax untuk top up. Tapi itu tak menjadi masalah kerana aku online guna berukband tajaan mak ayah aku cap Celcom. Maka syabas untuk aku dan family sekalian.

Awak memang hensem, tapi awak bangang
Awak memang kacak, tapi awak kengkang
Awak memang macho, tapi awak setinggan

Itulah alkisahnya.  Hikayat cerita sedih dari seorang gadis yang direject bukan sekali, malah berkali-kali tapi idok sedo diri, cube jugok memarketkan diri, dengan laki yang bute hati, bajet aku terhot sekali dalam U nie. Kenapa perlu mendongak muka ke arah lelaki yang hensem walhal yang double hensem ada kat depan muka menayang rupa?

Listen girls, lelaki yang hensem tak bermakna dia baik, dan lelaki yang baik tak semestinya buruk rupa. Memang ayat aku agak kejam tapi ada aku kesah. Korang yang nak baca and yang pasti bukan aku yang paksa. Cari lelaki yang peduli kat korang yang selalu ada dengan korang bukan sebab korang berhutang dengan dia, tapi sebab dia ada rasa tanggungjawab terhadap korang. Jangan cari lelaki yang hensem dimana tahap kehenseman beliau Brad Pitt pun menangis, sebab belum tentu dia boleh buat korang tersenyum. Class gitu ayat hem malam nie.

Nok-nok dan mak-mak sekalian,

Hem nie bukan nak mengata apatah lagi nak menjual cerita. Hem cuma nak menyedokan mike sume yang idok sedo diri dek kerana cinta yang bute. Kenapa suka kat orang yang tak suka mike? Sukalah mereka yang suka mike. Kan senang bahagia hidupnye. Well, let's move on since tax pun bertambah-tambah naikkan, single lagi bagus. Jimat duit jimat tenaga. 0_o

Motivation Tak Bermotivasi

Belum terlambat lagi rasanya nak mengedikkan diri dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Mood tak menentu sekarang macam orang yang baru putus cinta dek kerana balak suka kat awek lama dia. Esok nak tak nak kena jugak balik ke Dungun. Bila fikirkan tanggungjawab aku yang sangat berat iaitu kena belajar bersungguh-sungguh kerana mak ayah aku suruh maka terpaksa aku buat-buat seronok nak balik sana.

Beberapa hari lepas aku memberanikan diri untuk menimbang berat badan aku. Dan sepertii yang aku jangkakan, berat aku takkan menurun malah menaik. Amazed! Aku kagum kegigihan aku disertai dengan bakat semulajadi aku yang suka makan. 

Oleh sebab itu jugak aku mengalami tekanan jiwa yang tak dapat dibendung lagi. Trauma yang melanda bukan membantutkan selera makan aku malah semakin bertambah. Jadi aku membuat satu propaganda sempena bulan syawal yang memerlukan aku berusaha gigih untuk menurunkan berat badan aku.

Sekarang aku dalam proses muhasabah diri untuk memastikan aku kembali kepada bentuk asal. Tension tapi itulah hakikat. Hakikat yang menyampah selain tahu aku makin gemuk. Gemuk gemuk gemuk. Argghhh! Zz