One day FULL with family.

* mengeliat dengan bersungguh-sungguh sambil ambil mood writing

Hari ni wa rasa wa manusia paling busy dalam seantero dunia. Mana taknya, hari nie macam big day family kot. Memang mak wa seorang mother yang penuh dengan perancangan rapi. Satu hari semua balun. Mandi sungai hari nie, barbeque hari nie. Besar- besaran beb. Mak wa mana pandai prepare event kecil-kecilan nie. Tak padan dengan penuh dan tenaga katanya.

Maka, sebaik saja ayam jantan jiran sebelah uma wa berkokok, wa pun mengagahkan diri bangun jugak. Bukan apa, risau takut kena sound dek kelantangan suara mak wa seperti semalam. Semalam punya citer wa terlajak tidur sampai petang. Bangun je terus kena tepek dengan mak wa. Pedih kot. Lagi pedih dari kena cili  kat mulut. Mak wa memang terkenal dengan sifat dan sikap rajin beliau. Oleh sebab tu dia masak nasi lemak pagi tadi walhal seingat wa last sekali wa makan nasi lemak buatan mak wa masa wa kecik-kecik dulu. Lama tak lama. Classic tak classic nasi lemak buatan mak wa.

Tepat jam 12 tengah hari, kitaorang bertolak menuju ke sungai. * Gila la ayat macam karangan BM masa darjah 6 beb, CHOY!. Disebabkan kakak wa yang pemalas nak memandu, maka wa ditugaskan untuk emngalas tanggungjawab tersebut. Apalagi, wa drive la selaju mampu supaya kami cepat sampai tapi dalam keadaan selamat. Wa eksyen la sebab wa abru je dapat lesen besar, bajet macam pemandu racing pon ada. Samapi kat sungai, apalagi kitaorang mandi-mandi la. Wa tak mandi sebab kena keep an eye anak buah wa yang bajet reti berenang padahal haram tak tahu. Risau takut ditolak dek arus sungai. Sape susah? Wa jugak susah.

Lepas dah habis aktiviti kuak lentang, renang berirama, dan sebagainya, kitaorang pack barang balik. Masa on the way balik tu mata wa macam  ada setan bertenggek. Atas alasan tu jugak, wa pecut laju-laju kereta waja milik mak wa supaya cepat sampai rumah supaya cepat jugak wa boleh tidur. Kat rumah wa ingat wa boleh padu terus tidur rupanya wa kena tahan dek mak wa suruh wa tolong dia prepare barang untuk barbeque malam nie. Disebabkan wa anak yang solehah dan baik hati, tak suka menderhaka apalagi menjawab bahasa, wa tolong.

Sekarang nie wa curi tulang blogging, alasan kat mak wa, wa nak usha web portal UiTM jap. Durjana betol wa nie tapi tak pe wa tipu sunat. Nanti kejap lagi wa mintak maap lah. Tak pelah. Jari wa pon ah tak berape nak runcing mana nak menulis, so wa nak log out dulu.

P/S : jgn tiru aksi wa tipu sunat mak wa. Dosa. .

Satay, Live Band Dan ....

Mengidam!
Malam nie harus meriah. Five star lah kat mak ayah wa yang gigih bawak kitaorang beramai-ramai pergi menjamu satay walhal kitaornag hanya menjamu mata tengok kedai satay. Apa pasal? Sebab satay habis la der. Satay kat area rumah wa memang THE BEST IN TOWN. Abang ipar wa yang Johor mali pon boleh tangkap cintan dengan satay kat sini. Tu kata kakak wa yang merangkap bini dia. Wa dengar je. Kalau dia tipu wa, maknanya wa tipu lu orang jugak. Harap dosa tak jatuh kat atas wa sebab dah terlalu banyak dosa wa nak kena tanggung.

Back to the story...

Lepas beberapa jam wa dan family berlegar-legar kat atas jalan raya dan selepas beberapa ketika abang ipar wa yang sabar bawak kereta sambil racing berpartner dengan kereta sebelah, kita ornag decide nak pergi jengah kedai kat area rumah wa jugak. Memang meletop tempat tu wa cakap lu. Ni bukan gebangan wa ataupun penipu sekilas, ni benar oo. Serius wei. Memnag lawa. Dengan suasana ala-ala 90's, live band yang sempoi, dengan tv besar gedabak, sesuai untuk ayah, mak dengan abang ipar wa layang bola. Mak wa dah jadi kaki bola sejak-sejak pencen nie. Mungkin dah terpengaruh dengan ayah wa atau pun keadaan semasa. Wa pun tak pasti punca sebenar tapi mak wa memang sempoi habis.

Lebih kurang macam nie la brader tu feeling
Nak dijadikan cerita, anak buah wa memang terkenal dengan sikap penakut yang amat sampai kadang-kadang wa yang memang naturally penakut boleh tepek dahi tengok sifat dia yang annoying itu. Tapi apa boleh buat, anak buah wa jugak. Maka setelah sekian lama kami satu family lepak kat kedai tu, datang dua lelaki nie, sorang muda lagi tapi muka tak ada stock market, yang sorang lagi brader dalam 50an, 60an macam tu. Sempoi beb main keyboard dengan sexophone. Memang nampak cool. Anak buah wa yang sorang dah ketakutan bagai tengok citer Ju On. Mungkin sebab tak pernah tengok benda alah yang brader tu pegang kot. Wa agak la. Anak buah wa yang sorang lagi, relax je layan music tu. Sama macam wa. Tiba-tiba naik satu brader lain atas pentas, kepala botak, pakai jeans ala-ala filem koboi, pakai baju ala-ala underground. Melompat anak buah wa dari babychair dia. Ngeri sangat mungkin keterampilan brader tu. Wa pun tak faham.

Awat sora brader ni mcm haram?? Uwaa!

Tapi brader tu boleh bantai nyanyi feeling habis. Mak dang ayah wa kat meja dah tepuk dahi berkali-kali tanda membangkang tindakan beliau yang berani mati. Mungkin sebab perlakuan anak buah wa yang betol-betol memprotes suara beliau yang tak berapa nak merdu, beliau berenti jugak menyanyi. Customer lain pandang umpama berterima kasih kat anak buah wa yang genius tu. Wa pun bangga ada anak buah serupa itu.


Malam tadi dinner kitaornag satu family digugat oleh ketidak sedapan masakan yang hampeh dari kedai tersebut. Sungguh celaka. Tapi tauke dia wa salute, muka bajet kedai dia makanan paling sedap. Dah lah tak sedap, lambat, mahal ketak wa tak tahu sebab yang bayar puns edia maklum bukan wa. Takkan wa nak gi tanya abang ipar wa pulakkan? Malulah. So, wa buat muka tak kesah je. Wlahal teringin giler nak tahu. Wa chow dulu. Ada mamat sornag nak main poke-poke dengan wa kat Facebook. Chow!

Cinta Kilat, Mentaliti Aku Atau Silap Mereka?

Dah agak lama aku stop writing aku kat blog ni. Buntu idea? Atau perasaan yang undefined yang tak mampu duperkatakan? Mungkin jugak. Tapi aku sendiri tak pasti. Aku pun tak pasti apa dah jadi kepada aku untuk beberapa ketika ni. Mungkin memberontak kepada dunia atau mungkin juga membentak kepada perasaan sendiri yang selalu was-was tentang sesuatu.

Ya. Aku seorang yang terlalu menjaga perasaan aku supaya aku tak disakiti berkali-kali. Cukup sekali, dua kali, tiga kali aku perlaku seperti orang bodoh yang tak punya otak. Mungkin perasaan cuma satu mainan bagi mereka yang durjana dari segala seginya. Aku disakiti, dan aku yang merasa. Kau rasa apa aku rasa? My ass!

Bukan aku seorang yang sombong, tapi kejadian dulu buat aku jadi serupa itu. Salah aku jugak? Sebabkan manusia yang terlalu taksub dengan ego dan nama seorang lelaki yang harus digenggam. Silap aku? Pergi mati! Kau lelaki cuma tahu berkata-kata sesuatu indah tapi tak pakai otak sehingga tidak mampu untuk berfikir pro dan kontra setiap perlakuan kau.

Maafkan aku. Ya, aku meminta maaf. Kepada kau yang datang yang cuba menjadi sebahagian aku. Perasaan was-was, tabiat lama tak mampu aku campak ke laut china selatan walaupun aku sayang kau. Jangan salahkan aku. Salahkan dia, ya! Dia yang pernah buat aku macam sampah dulu. Aku suka kau tapi aku risau aku tak mampu membalas setiap kebaikan yang kau bagi. Terlalu cantik dimata aku sehingga aku boleh tersenyum sambil mengutuk diri sendiri kerana tak mampu buat perkara yang sama pada kau. Kau datang tanpa signal lampu merah, kuning atau hijau. Aku lebih senang isyarat bodoh berupa traffic light yang mengambil masa untuk berlepas pergi. Tapi aku tak mampu menerima kehadiran serupa lampu spotlight yang terus memancar ke muka, berpinar-pinar.

Aku tak tahu apakah sedang aku lakukan, apakah harus aku lakukan. Semua berupa bola berapi yang dicampak ke muka. Perlu aku menyambut walaupun possibility aku untuk terbakar berkemungkinan 99%?
Orang bodoh! Aku memberontak keatas satu persoalan yang aku sendiri inginkan. Tak tahu apa kesudahan. Aku mampu senyum dan yakinkan diri untuk bertahan.