SIA-SIA

Sia-sia hidup selama 20 tahun kalau kerja kau makan, tidur, blogging, facebooking. Buatlah apa yang patut, tolong mak pergi pasar ke, tolong ayah basuh kereta ke, tak pun paling malaslah tolong tengok pun jadilah. Asal tengok tak gitu? Janganlah kau buat-buat tak reti ikut kata aku yang suruh kau tolong tengok, kata nak jadi anak mithali, pandai-pandailah kau bawak diri. Jangan tunggu nak kena maki, nak kena kaki, barulah reti nak bergerak sendiri. Kau bukan budak kecik lagi, dah boleh buat bini.

Sia-sia kau masuk universiti. Mak ayah hantar suruh mengaji, tapi kau pulak tak sedar diri. Kesana kemari, menghabiskan duit mak ayah bagi. Beli topup hari-hari, ingatkan telefon lecturer tanya pasal marking, rupanya telefon member gayut pasal laki.Buat apa gayut pasal laki, bukan dia nak ambil kau buat jadi bini. Sedarlah diri, rumah teres mana boleh bergabung dengan KLCC.

Sia-sia ada kerja makan gaji. Tak boleh nak support mak ayah pergi haji. Balik kampung pun setahun sekali. Mak ayah telefon pejabat boleh bantai cakap MC. Apa ke gilanya keje doktor buat MC sendiri? Jangan menipu nanti Tuhan benci. Kalau ye pun busy, cakaplah sikit jangan lari. Ni bagi alasan menyakitkan hati. Sedar atas jasa siapa kau mampu capai semua ni? Atas berkat doa siapa kau mampu berada kat atas ni? Tanya pada diri sendiri, jawab dengan seikhlas hati. 

Sia-sia berlaki berbini. Dua-dua leka mencari rezeki. Mak ayah kat kampung sedih menanti. Mana anak aku ni? Tak balik-balik sejak tahun lepas punya raya haji. Janganlah buat macam ni. Harta boleh dicari, tapi tapi ibu satu-satunya kat dunia ni. Belajarlah untuk memberi, bukan memberi harta duniawi, tapi untuk masa akhirat nanti. Jangan sampai menyesal tak berenti. Hidup ni cuma sekali.Pandai-pandailah bawak diri. 

No comments:

Post a Comment