Jenis-Jenis Cantik

Cantik nie terlalu luas maknanya. Cantik dari segi rupa, cantik dari segi peribadi and even cantik dari segi percakapan. Macam-macam definisi cantik untuk orang yang berlainan. Sesetengah orang tu di katakan cantik sebab rupa paras yang cun-melecun kalah iras-iras Nasha Aziz bahkan mengalahkan Fasha Sandha. Ni muka saja yang sedang wa perkatakan. Mata bundar, hidung terletak, mulut merah delima, pipi pauh dilayang. Maka golongan ini digelar cantik.

Yang kedua, cantik dari segi fizikal. Meaning, ada body yang melentik macam Hanis Zalikha. Memang cantik. Tengok sekali pasti terpandang lagi sekali. Itu kalau lelaki. Kalau perempuan, pandang sekali, pasti jeles sampai ke mati. Badan serupa kerengga bhai. Siapa tak cair? Siapa tak jeles? Cer story sikit. Model yang top dan juga blogger yang famous. Cukup package. Manis, cantik, tinggi, lawa, dan mempunyai pekerjaan yang menjadi idaman gadis-gadis yang tak cukup inci.

Yang seterusnya, mereka-mereka yang mempunyai perwatakkan yang sangat manis dan cantik. Sangat cantik untuk dipandang dan apabila dipandang maka sejuk mata yang memandang. This is it. The X factor that most guys was talking about. Golongan ini jugak yang dikejar oleh golongan belia-belia untuk dibuat bini walaupun perangai belia-belia sekalian macam haremm. Gadis-gadis berpewatakkan sebegini biasanya berasal dari keluarga yang baik-baik dan alim-alim. Wa tak cakap lu orang tak baik. Wa cakap kebiasaannya.

Cantik jugak dilihat dari segi percakapan. Ni yang banyak buat lelaki-lelaki malaya jatuh chenta sampai sanggup lari ke Lombok. Lelaki lari ke Lombok? What the F***. Mereka yang mempuyai kecantikkan dari segi ini dilihat mempunyai kelebihan dalam menabur ayat-ayat manis dan jugak mempunyai ilmu yang mendalam dalam menggunakan ayat-ayat power. Maka mereka-mereka ini seharusnya sangat dijauhi oleh mereka-mereka yang lurus bendul.

Begitulah jenis-jenis cantik yang dapat wa kenal pasti. Tapi wa tak berapa pasti tapi wa harap kajian wa tu adalah yang pasti dan tida yang pasti melainkan yang pasti belaka. Chow!

Berubah berubah berubah

Banyak mulut selalu cakap..

" Aku nak berubah la wei. Tak nak idop merempat macam nie"

"Aku nak berubah la wei. Bosan idop miskin fakir macam nie"

"Aku nak berubah la wei. Dah tiba masa aku tunjuk side kepintaran otak aku"

Dengar sini wa nak cakap. Jangan cakap pakai air liur je. Tak ada gunanya. Bukan betul-betul jadi pon. Setiap keinginan perlu ada usaha. Kalau setakat cakap, wa agak wa dah jadi kaya-raya dah hari nie. Lagi kaya dari Bill Gates. Wa selalu je, tiap pagi wa akan cakap kat diri wa, wa nak berubah. Wa nak jadi pelajar pintar. Pelajar yang tekun belajar. Pelajar yang disayangi oleh lecturer-lecturer wa. Pelajar favourite bukan hanya pada lecturer tp jugak pada member-member wa. Hari-hari oo wa cakap. Tak pernah missed. Tapi tiap kali pergi kelas, wa memang menunjukkan usaha yang gigih sampai kadang-kadang tertidur, kadang-kadang tak sedar wa maen game dalam kelas, kadang-kadang tak sedar wa pasang mp3 sampai habis kelas. 

Tapi hakikat sebenar, wa tak pernah salahkan diri wa. Wa salahkan orang disekeliling wa. Wa salahkan member wa yang sangat kurang berkomunikasi dengan wa masa kelas, wa salahkan budak kelas sebelah yang bising sebab berebut-rebut nak jawab soalan, wa salahkan lecturer wa yang tak pandai ambik hati wa untuk bagi full attention, wa salahkan hari semalam sebab terlalu bosan menyebabkan wa cari keseronokkan bermain game sehingga membuatkan wa tidur lambat. Wa rasa wa dah cuba sedaya upaya, memerah keringat yang ada untuk cuba berubah. Tapi tak menjadi. 

Korang rasa betul ke apa yang wa buat tu? Takkan? Sama macam lu orang. Jangan tuding jari kat hidung wa dengan niat sengaja nak tunjuk yang wa salah. You dead babe! Jangan cakap korang tak pernah rasa macam tu. Jangan kata lu orang tak pernah buat hal seteruk macam tu. Jangan nak cakap hati korang suci, murni, tak ada langsung terlintas dalam kepala otak korang macam tu. Kick my ass!

As a student and of course I'm sure you guys pun pernah rasa macam tu. Just think about how long have you being under STUDENT title, can easily make you feel so annoying. Am I right? Then you keep thinking, for how long more you should endure this college or university student life. Some of you might damnly liking so much your college life since you score in every exam. But for those yang tak, they feel this student life is killing them! It's only cause bullshit in their head.

Now let's see. Wa actually sangat bersyukur dah tak tahu macam mana nak bersyukur dah dengan kehidupan wa sebagai seorang student yang mana wa rasa awesome. Bukan wa tak pernah alami kesusahan, atau kritikan, atau cacian. Selalu sangat. Dah itu yang buat wa jadi sekuat sekarang. Buat wa kenal siapa kawan siapa lawan. Buat wa sedar kat dunia ni, everything is possible to happen. You meet with a lot of people and then you will know how good or bad they are. Seriously! Buat wa lebih berhati-hati dalam setiap apa yang wa buat. Bukan menjadi seorang yang terlalu particular tapi lebih berhati-hati. Bukan jugak seornag nerdy yang taking seriously about his life and hoping his future will turn as good as Prince William. NO! and NEVER!

Let's recap back our life. what we have being through and what we have done. And yet, that's give you what you are now. Never regret but take as an experience for you untuk tak ulang benda sama. Sama macam wa. Wa sedar wa dah buat banyak silap, banyak salah dengan orang dekat sekeliling wa. Tapi wa tak ada pintu masa Doraemon nak putar balik masa. Apa yang wa mampu lakukan hanyalah cuba sedaya upaya untuk ulang benda yang sama in future. Wa jugak belajar untuk memaafkan orang sebab wa nak orang memaafkan wa jugak. Setiap tingkah laku dan kata dari mulut dan perbuatan wa, kadang-kadang is undercontrol at that time. I'm too young and hot blood. Who would expect a young girl like me act like an aunt in her 30s? Tell me. If there is any, kick my ass. Chow!

Chentanya Sayeh!

Banyak betul rintangan dan halangan berchenta yerk? Tadi alkisahnya wa layan la Korea which is more to documentary, I guess. Nak cakap variety show, tak pulak lawak bodoh yang ditonjolkan. Maka wa spekulasikan cerita tu cerita ala-ala dokumentari. 

Kali dia tunjuk satu couple yang mana bini dia awek dari Kazakhstan, manakal laki dia pakwe origanal dari Korea. Kalau dah nama awek dari area-area belah Saudi, hidung tu memang terpacak la. Laki dia tak adalah hensem mana tapi tinggi budi pekerti. Yang buat wa hairan. diaorang kahwin mak bapak dak perempuan tu tak tahu. Dah ada anak satu baru kasi tahu. Kalau mak bapak wa, dah sure-sure wa kena penendang sakti dari bapak tanpa warning mahupun alert alarm. Mana taknya. Dahlah kahwin tak kasi tahu, kau kahwin pulak dengan foreigner yang lain agama. Dak perempuan tu Muslim dan yang laki tu different religious tapi wa tak sure pulak agama apa. Wa tak tahulah macam mana diorang kahwin masa kat Korea tu, tapi yang pasti bila diorang dibawak balik ke rumah parent diorang, diorang dibawak ke masjid lah kalau ikut lidah masyarakat kita. Iye dak?

Tadi masa tengok cerita tu wa agak kompius dan kekompiusan wa tu memang tak terungkai sampailah habis cerita tu. Tapi mak ayah dak perempuan tu terimalah menantu dia yang ala kadar tu. Siap beli kereta kau bagi bapak mentua. Kau mampu? Walaupun kereta tu kalau bagi kat masyarakat melayu yang high taste sangat katanya, kompom ditolak mentah-mentah, tapi bagi diorang kat Kazakhstan tu macam dapat Ferrari lah. Seronok kemaen lagi. Giler tak suka orang bagi kereta. Mintak kereta gedebuk jatuh dari langit. Ada ke macam tu? Mimpi..

Nak dijadikan cerita, deme dua tu dah ada anak dua. Okaylah kan. Bahagialah gamaknya. Tapi tadi adalah ditunjuk dak perempuan tu buat kimchi. Wah. Meletop kau senah. Dah lama duk Korea, pandai buat kimchi. Wa pun dulu pernahlah cuba-cuba buat kimchi setelah dihasut dan dipujuk rayu oleh kakak wa yang sememangnya perasaan Korea kan. Korea sangat kau! Maka wa buatlah. Kalau tak buat, maka akan tergugatlah keegoan wa sebagai seorang student seni masak-memasak. Ye dak? Boleh tahan rasanya tu. Memanglah tak setepek Korea punya kimchi since barang limited. Mana kau nak carik oyster dekat Malaysia yang panas lagi berhaba nie? Cuba kau cerita sikit. Takkan nak ganti dengan kerang mentah kau. Jijik sangat. Muntah biru orang makan nanti. Typical Malaysian kan, susah nak terima raw food. Beef medium well pun diorang tolak mentah-mentah. Ni kan yang raw. 

Banyak pulakkan wa mengutuk mengata kat sini. Makanya, wa nak undur diri dulu. Mengata-mengata jugak, sembahyang jangan lupa. Jangan ditambah dosa yang dah bertimbun tu. Gitu kan. Siap bagi nasihat lagi. Propanya aku. Gerak dulu. 

p/s: mls nak packing balik kolej -_-


Happy Bull**** Day

Haaa.. Kontroversi tak wa punya title. Bole kena gam, saman dan jugak pelempang dengan parent wa kalau diorang baca. Tapi jangan dok kalut. Tu sekadar title bertulis untuk menarik perhatian korang yang kurang perhatian. Well. Nak tanya hari ni berapa hari bulan? Tu pun kalau korang tahulah kan. Soalan cepumas bhai.

Biar wa straight to da point la. Dalam masa beberapa hari je lagi wa bakal menyambut hari tua wa yang ke 20. Sweet 20. Wa muda lagi.Mengancam lagi. Cuma kadang-kadang lifeless je. Tapi tak adalah sadis mana. Sambutan birthday wa sama macam tahun-tahun yang lepas yang tak pernah best. Wa rasa wa dah buat satu improvement dalam hidup wa sebab wa ingat tarikh birthday wa. Biasanya wa tak ingat sebab busy sangay iye dak? University student life is busy man. Macam aku sorang je yang belajar. Seriously agak busy dengan kerja-kerja sampingan lain nak bagi ayam makan, itik, lembu semua. Tak de yang nengok nye. Haa.. Gituu..

For birthday tahu nie, wa tak harap yang pelik-pelik. Cukuplah sekadar dapat sebijik kereta Ferrari, tak pun dapat putera kayangan yang muka iras-iras Aron Aziz, paling cikai pun kalau ada luck dapat duit sejuta jatuh gedebuk dari langit. Seronok seronok seronok. Macam tu baru dikira  best birthday ever. Nak sedap lagi, tiap-tiap tahun macam tu. Kelas kau jah. Datin seri pon tak serupa kau.

Wa pun berharap tahun nie wa kan jadi semakin best dan gempak. Idea-idea makin melimpah ruah untuk wa terus bergerak maju dalam arena sukan atau apa saja yang wa ceburi. Oh! Wa jugak harap makin ramai view blog wa dan memberi sokongan. Tapi wa tak memberi jaminan sampai bila blog nie akan bertahan. Lambat laun kena dihentikan jugak. Setiap apa yang terjadi akan ada masa untuk berhenti ye dak? Jadi sokongan dari anda semua amat dihargai.

Wa pun berharap korang akan menjalani kehidupan, percintaan, pergaduhan atau apa-apa saja dengan success. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lemang. Salah. Lengan. Anjing laut dengan tapir laut wa dah bising lapar katanya. Perut berbunyi mintak disumbat dengan makanan yang patut.Maka  wa terpaksa mengundur diri. Lembu pon wa nak kena alih nie, nampak gaya nak ujan ye dak? Chow sin cee.