Aku Gadis Epal Tapi Aku Jatuh Cinta

Hati macam nak pecah, ada something yang aku simpan, hati rasa sebak, ada sesuatu yang aku sorokkan. Mata rasa berhabuk tapi tak mampu nak bergenang. Mungkin kerana ego. Ego yang aku kumpul selama berdekad-dekad semata-mata kerana aku tak mahu jadi perempuan yang senang.


*Kita ibarat epal kawan, kita tunggu untuk dipetik dan bukan buah yang sudah jatuh gugur menyembah bumi dan dikutip sesenang hati oleh sesiapa saja yang lalu.

Kenapa orang lain boleh gembira tapi bukan aku? Kenapa orang lain boleh bersuka ria tapi bukan aku? Banyak pertanyaan yang menunjah-nunjah otak pemikiran karat aku. Aku senyum, dan terus senyum. Sebab aku sendiri tak ada jawapannya. Aku berjalan diatas bumi, tanpa tahu arah tujuan aku. Tanpa tahu kemana kegembiraan aku. Aku mengejar kegembiraan tapi bukan kegembiraan yang kejar aku. Aku senyum bila dipersetankan oleh manusia sekeliling, bukan aku suka, bukan aku rela cuma aku malas. Malas bertikam lidah dengan hati manusia yang tak mahu kalah. Malas memperjudikan nota-nota dalam kotak mental aku untuk manusia yang sombong bodoh.

Aku bukan jenis perempuan yang cair atas ayat kuno zaman purba. Aku bukan spesis yang jatuh cinta atas dasar rupa serta harta. Aku boleh jatuh cinta cuma kerana dia adalah dia. Aku tak harapkan bercinta atas kapal macam Titanic, alih-alih si Romeo mati kerana kesejukkan. Aku suka lelaki yang berani. Sesungguhnya, aku tak pasti wujud lagi ke lelaki sedemikian di zaman berteknologi tinggi ni. Mostly, perigi cari timba. Tapi pada aku it's okay as long as that boy memang suka kau tahap dewa. Tapi bagi aku, aku tak percaya semua tu. Perempuan bila dia suka dia betul-betul suka, tapi lelaki, they different.They can fall in love in a minute, and they forget you in a second. 

Hal yang lepas ajar aku untuk jangan percaya kat lelaki. Walau sesuka mana aku kat si boboy tu, aku takkan cakap aku suka. Walau segila mana aku minat kat dia pon, aku takkan cakap aku minat. Being rejected is like someone come to me and pull my hair and leave without any explaination. Sekarang aku rasa bosan. Bosan tunggu orang yang memang tak pasti tapi still aku tunggu jugak. Soalan cepumas: Siapa suka saya? Boleh ke macam tu. Memang taklah kan. Aku dah pernah buang ego aku jauh-jauh semata-mata nak cakap yang aku suka dia, tapi last-last statement dia " I dah ada awek tapi I memang suka U sangat-sangat". Aku tak suka bahagikan apa yang aku ada so aku pon tak nak dia bahagikan apa yang dia ada. 

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete