HATI DIPULAS BAK RAMBUTAN

Hey bugs and blossoms sekalian.

How's life? Okay. Sangat  kuno untuk aku tanya soalan macam tu kat korang sedangkan benda tu tak ada kena mengena dengan aku pun dan aku tak peduli. Bila hati dah rabak serupa kain buruk dan aku tak ada tempat untuk menjaja cerita sedih aku, baru aku tersedar dari realiti bahawasanaya aku punya blog.Dan aku akan menggunakan sebaik mungkin blog aku ni untuk merangka cerita sedih percintaan aku.

Aku anggap kisah cinta aku nie sebagai UNDONE RELATIONSHIP. Yang mana, si pihak lelaki selalu menyatakan bahawa dia sayang aku dan cuba untuk menyakinkan aku tetapi tak mention kepada makhluk disekeliling bahasanya aku adalah awek dia. Manakala di pihak perempuan, iaitu aku, begitu sayang dan setia dan cuba yakin dengan kekuatan cinta walaupun hati selalu memberontak bertanyakan persoalan-persoalan yang brenset seperti, kenapa dia tak mention aku as his awek? atau, kenapa dia tak pernah nak membalas komen di pesbuk? kenapa dia tak pernah bertanya aku siapakah lelaki yang berpoking-poking dengan aku? dan sebagainya.

Terlalu banyak perkara yang terjadi antara aku dengan dia yang membuatkan aku kadang-kadang rasa, I'm wasting my time with people that pretend to love me. Tapi still, aku tahan segala rasa dan aku campak sejauh mungkin dan jika boleh nak je aku gali lubang di gunung everest dan tanam perasaan aku tu. Tapi bila dah takdir, what meant to be are meant to be. What are not, they will split. Aku bukanlah seorang yang suka stalker boypren mahupun nak serang hendap boypren aku. Tapi disebabkan aku rasa ada ketidakjujuran and naluri perempuan aku yang sering memberontak, maka aku tergerak hati nak stalker pesbuk dia. Maka aku terlihat satu post dari si perempuan bodoh yang dan status itu sangat gedik dan seakan-akan meminta pelempang sulong dari tangan aku.

Aku tanya dia, who's that pokemon?? Dan dia cuba menjawab seakan-akan bodoh seperti mentibang laut yang terencat. Mula-mula aku anggap dia tak faham akan pertanyaan aku, maka aku tanya buat kali kedua dan mendapat jawapan seprti HA?.. WTF! Dan dia seperti tak nak bagi tahu siapa pokemon yang gampang itu, maka aku decide dan faham siapa perempuan itu dan siapa aku pada dia. Perempuan tu lagi penting dan aku cuma kekasih gelap dia saja. Kecewa dan betapa rabaknya hati aku, cuma tuhan yang tahu. Sampai sekarang dia tak pernah cuba nak contact aku atau pujuk aku, seems dia tak pernah rasa kehilangan aku.