Aku Manusia Biasa

Blog aku ni cuma hanya aku yang wujud. Aku memerlukan sokongan untuk terus menulis di blog. Macam tu jugak hidup aku. Hidup aku sendiri. Aku memerlukan sokongan untuk teruskan hidup. Ya~ aku tahu hidup aku masih panjang. Disebabkan masih panjang la aku memerlukan sokongan. Sokongan bukan sekadar sokongan nyanyian, atau kata-kata dari mulut yang kadang-kadang lancang menyusun kata. Tapi sokongan dari segi mental adalah lebih penting.

Berhenti! Kalau boleh aku jerit, aku jerit sekuat hati. Berhenti meletakkan beban diatas bahu aku. Berhenti membuat tuduhan membabi buta terhadap aku. Aku cuma manusia biasa. Yang selalu bertembung dugaan yang menimpa dan melatah dek kerana kejutan yang tak pernah aku bayangkan. Aku cuma manusia biasa yang sering tenggelam dalam keinginan yang kadang-kadang bisa mengundang kata maki dari sekeliling. Aku cuma manusia biasa yang inginkan kata pujian melonjak-lonjak sehingga sampai satu tahap aku lali untuk berdiri dengan sendiri.

Berlari! Kalau aku mampu berlari, aku akan terus berlari tanpa menoleh kebelakang lagi. Berlari meninggalkan semua yang ada, meninggalkan masa silam tak kira yang dulu mahupun yang semalam. Sebab aku benci. Benci dengan keadaan, persekitaran yang aku hias sendiri. Aku kadang-kadang malu, malu dengan perwatakkan diri yang sering dihujani kata caci dan hina dari sekkeliling. Cuba menjadi diri sendiri? Aku tak mampu apabila aku sedar aku berdiri dengan sendiri tanpa ada yang ingin menjadi pedinding andai aku dihapus kata caci maki.

Hari ini, aku masih malu. Malu dengan diri sendiri. Malu dengan kenyataan aku masih seperti dulu. Malu dengan kenyataan aku tak mampu mengubah kisah lalu. Malu mengenangkan diri sering diperkotak-katikkan dek masyarakat dunia yang halus mencaci hina diri ini. Aku cuba bersabar. Aku cuba menerima kenyataan. Tapi aku cuma manusia biasa. Yang pada keesokkan mengulangi sikap kebodohan yang sama. 
 

Aku Rasa Aku Cun/ Hensem




* Encik Malas dah berlalu pergi, mood tidur pun dah tak ada

Klisey sangatkan tajuk entri aku? Wink wink. (Kenyit-kenyit mata). Disebabkan masa kecik-kecik dulu, masa sekolah rendah aku ada belajar sains aku nak buat satu hipotesis. Semakin maju industri fesyen negara Malaysia, semakin meningkat jumlah manusia berstatus AKU RASA AKU CUN / HENSEM. Aku tahu entri aku ni bakal mengundang rasa menyampah dalam kalangan manusia yang poyos. (Gelak sorang-sorang). Tapi tu bukan main topic disini. Scoll ke bawah ladies.

Gambar ilusi :)
Aku pun kadang terasa aku cun bila aku pakai baju kebaya nenek aku punya. Terasa macam perempuan melayu terakhir pun ada. Tapi perasaan tu cuma datang setahun sekali sahaja, bila Hari Raya Aidilfitri. (Takkan nak pegi kedai runcit depan rumah pakai kebaya, ye dak?). untung muka cun macam awek kat dalam gambar kat atas ni. Sebagai seorang yang sekaum dengan dia, bagi aku she's baeutiful tapi desperate. Tapi tak apa. Muka cun, buat apa pun orang tak kesah. Kau dah cun, apa lagi kan. Untung la badan.

Ada yang bengang dengan satement aku? Sorry ladies and also gentleman, kalau ada la kan. Aku cuma bercakap berdasarkan pemerhati selama 19 tahun aku menhuni bumi milik Tuhan ini. Walaupun pada hakikatnya aku etrfikri nak tulis entri ni baru sesaat dua yang lepas. Ini bukan menipu ye adik-adik, ini adalah gimik. Jangan salah faham. Cik Nanad ulangi, gimik semata-mata. Baru sedap dibaca. Ye dak?

Ini sangat hot (illusion only)

Kaedahnya, kalau perempuan begitu lelaki juga sama. 0_0 (Menguap). Kenapa? Itu yang kita tak tahu. Ini adalah kerana kita adalah sama. Manusia yang hidupnya senang dipengaruhi. Macam K-Pop wave yang melanda negara, sampai semua tergila-gila sampai ada yang buat group konon aku iras-iras K-Pop artis (tgn didada mata keatas) Stop all the nonsense. Sangat nonsense. Tak mampu menulis lagi. Kekeringan idea. Stop for a while. Layan lagu lagi la kaedahnya.

Alkisah Round Kota

Memandangkan hari ini, aku off, aku rasa hari ini sangat gembira. Dapat pulak pekena nasi putih lauk ayam masak pedas hasil air tangan makcik yang dekat kawasan perumahan aku ni, dilengkapkan dengan segelas air Tea O Ais yang kaw punya hasil air tangan scandal makcik tu (laki dia la tu), menceriakan lagi cuti aku pada hari ini.

* Berdehem dua tiga kali sebelum menulis lagi

Aku berfikir-fikir untuk apa aku menulis pada kali ni sebab yang sebenarnya aku kekeringan idea. Segala kekreatifan dan jugak keinovatian yang dikurniakan oleh Tuhan selama ini, umpama ditarik balik gara-gara terlalu sibuk bekerja. Walupun pada walhalnya aku cuma practical tapi bagi menambahkan gimik dan bagi menguatkan lagi usul bahawasanya aku sangat penat sejak menjak ini, maka aku mengistiharkan diri aku sebgaai seorang wanita yang berkerjaya. Nampak lebih sedap bukan? Ye dak?

* Berdehem untuk kali seterusnya sambil minum air Kopi Kaw

Hari ini aku rasa terlalu banyak dugaan yang datang mungkin untuk emnguji kesabaran diri aku. Walhal satu dunia tahu aku ini memang penyabar orangnya (tangan didada mata keatas). Sejak semalam aku menetapkan satu misi utnuk hari ini, misi mencari kedai tukang jahit. Kaedahnya, aku nak outer baju. Setelah bersiap ala kadar ala-ala Christina Aguilera (ini adalah gimik bagi menambahkan dinamik dalam blog ini), aku melangkah keluar dengan otak yang kosong dan disempurnakan dengan poket yang kosong. Sampai saja dikedai, aku ditakdirkan terlupa drawing duit walhal aku telah mendapat port parking yang baik punyerr kat depan kedai uncle (tukang jahit). Maka berlari-lari lah aku mencari bank (ini juga adalah gimik semata-mata kerana yang sebenarnya, aku tak berlari pun aku cuma reverse kereta aku dan chow).

* Berhenti menulis keluar pergi Seven Eleven mencari sekeping topup

Selepas beberapa ketika aku pun kembali ke kedai uncle tu. Sesungguhnya parking aku sudah ada kereta lain yang tiaw, maka aku berlalu pergi (gimik buat kali yang aku sendiri tak tahu walhal yang sebenarnya aku menyumpah seranah kereta beliau) .Aku berjalan kaki ke kedai uncle tu setelah aku mendapat parking yang jauh berbatu-batu (actually aku parking sesuka hati je sebab aku dah bosan asyik pusing-pusing), dijadikan cerita  uncle tu tiaw duit aku sebanyak RM25 hanya untuk outer baju yang mana bahagian yang perlu diouter hanya sebesar kuman (%*^&%R uncle tersebut).

*Tak mampu meneruskan penceritaan lagi sebab diinterrupt oleh Encik Malas

Akan Ada Yang Lebih Baik Selepas Ini

Dugaan bertimpa-timpa. Dan aku? Cuma mampu menahan dan melihat. Tak ammpu berbuat apa-apa kerana aku sendriri masih keliru dengan tulisan jiwa aku. Adakah benar dia? Ataupun dia cuma satu persinggahan saja buat aku. Buat aku yang masih mencari-cari sesuatu erti yang aku sendiri tidak mengerti.

Tiada apa yang kurang pada dia. Dia sempurna bagi hati yang sememangnya memerlukan dia. Tapi mungkin hati itu bukan hati aku. Aku masih belum mampu menghargai hati yang begitu suci menyayangi aku. Aku tak mampu membalas segala rasa yang dia berikan.

Mungkin aku manusia durjana. Memainkan perasaan sesuka hati, meteetawakan perasaan yang begitu suci, tapi aku juga manusia. Yang mencari kebahagiaan, dalam segenap sudut dalam sekeping hati, mencari cebisan kasih yang yang hilang sejak azali. Aku sedang mencari.

Mungkin aku dan dia masih belum pasti. Apakah kami benar-benar ditakdirkan berdua lagi. Aku cuba melangkah tanpa berpaling ke belakang. Menharapkan suatu penyelesaian dari sang dia. Tapi dai tetap kaku. Mulut membisu. Mengharapkan aku yang sesat dalam suatu rasa yang aku tak tahu, memberi kepututsan yang aku sendiri tidak pasti mana pangkal mana hujungnya. AKu mencari konklusi, mungkin penghujung adalah yang yakni.

Antara Dua darjat

Macam siot je aku punya tajuk entry tapi apekedahal. Tu semua tak penting, yang penting segala informasi yang ingin aku smapaikan sampai melekat setepek kat dalam otak korang. SIMPLE!

Actually aku nak story pasal dua insan bercinta (tajuk lagu Jay Jay) yang berlainan religions. Aku bukan menentang apatahlagi nak memboikot mereka-mereka yang tergolong dalam golongan ni, sebab aku pun pernah suka kat manusia yang religion die very different. First time aku jumpa dia, aku rasa dia adalah manusia bukan Melayu yang aku rasa paling hensem pernah aku jumpa.

Aku memang suka dia gila-gila. Mula-mula berkawan macam biasa, lepas tu minum sama-sama. bagi aku dia fun dan aku suka segala benda alah yang boleh embuatkan aku rasa fun nak mejalani kehidupan seharian aku. Aku bukan jenis yang cover-cover depan orang yang aku suka mahupun aku tak suka. Bagi aku tu semua tak perlu.

Tapi dalam kebangangan aku tersuka dekta dia, aku sedar tu cuma sekadar khayalan aku je. Impossible gila kalau aku nak melebih-lebih. Being a friend is better than anything. Aku tak nak kehilangan seorang kawan yang fun, sebab bukans senang nak cari kawan yang fun macam tu. Life is dufficult to describe and unpredictable. We met a person than after a while we need to let them go. Aku suka cara aku berfikir yang sangat positif ni. ^^

Aku Menipu Lagi

Asyik menipu je aku ni. Kenapa aku nak kena menipu? Menipu diri sendiri pulak tu. Menipu yang aku suka dia. Menipu secara package pulak tu. Bukan setakat menipu aku, menipu dia sekali. Aku cakap aku sayang dia, but actually it's not syang. Itu cuma suka.. Yes! I know it laready. It's just suka. Perasaan yang sementara yang datang bila keegoan mengatasi segalanya. Dah macam ayat iklan pulok!

Semalam dengan hari ni, aku tukar the way we talk and called each other. Aku tahu he's not comfortable with that since he love me too much. (Perasanlah pulok!) Tapi aku tak macam tu. betul kata orang, kita hanya akan menghargaio sesuatu bila sesuatu tu dah hilang dari pandangan mata atau bukan milik kita lagi. Tapi aku adalah jenis yang tak sedar dek untung. I've lost him onece but still now I've got the same feeling. Feel like letting him go is better and make me alive. Bengong dah aku ni.

Aku teringat pepatah, lebih baik pergi kepada yang mencintai kita daripada orang yang kita cintai. Ceeewah! Cik Nanad hari ni memang hyperjiwang sikit pasal otak dah biol. tapi masalahnya sekarang Cik Nanad tak pasti dengan perasaan Cik Nanad dekat Cik Dadan. Macam mana tu kawan?Dah puas dah Cik nanad mengupas persoalan ini tapi hasilnya, hampeh.

Nak kat Cik Nanad tak sayang Cik Dadan, tak jugak. Nak kata Cik Nanad nak tinggalakn Cik Dadan, Cik Nanad tak sanggup.. Haishh. Pening kepala Cik Nanad. bencilah macam ni. Tido lagi bagus.

* Cik Dadan ada pesan suruh tidur dengan aman -_-'

Mungkin Ini Cuma Sementara

*Gurindam dalam jiwa melahirkan mood jiwang dipagi hari

Aku sebenarnya tak nak dia. Bukan aku tak bahgia, bukan aku tak gembira tapi mungkin sebab aku dnegan dia berbeza. Bukan berbeza dari segi harta ataupun kemewahan, tapi dari segi pemikiran dan cara menjayakan sesuatu hubungan.

Dia: I request in relationship dengan you on Pesbuk

Me: Hah? (terkejut yang dicover-cover).. Yeke?

This is the beginning perasaan hamlau yang melanda diri aku sejak akhir-akhir ni. Bukan aku mahu menutup kebenaran yang aku sudah ada yang punya tapi bagi aku tak perlu diheboh-hebohkan. Aku bukan jenis perempuan yang suka berlagak dnegan status yang ada, mengedik di Pesbuk dengan ayat-ayat yang mampu mengundang muntah biru masyarakat Pesbuk. Aku bukan begitu. Tidak salah untuk membentangkan status di Pesbuk, itu adalah hak masing-masing cuma mungkin aku saja yang masih kolot mungkin.

Kolot? Benar! Aku kolot. Aku tak biasa dengan pangilan sayang, aku tak biasa mengungkapkan ak,  sayang, aku tak biasa dengan nyanyian merdu. Itu aku. Aku tak pandai nak mengedik seperti mana perempuan-perempuan dia yang dulu.

Dia: I rindu u sangat

Me: Oh.. Okay

Dia: Macam tu aje??

That's it. Itulah aku. Aku tak biasa dengan pangilan manja, gurau-gurauan manja atau apa saja perbuatan yang boleh mengundang muntah biru. Aku tak biasa. Kadang-kadang perbezaan yang terlalu ketara buat aku rasa aku tak sesuai untuk dia. Rasa sayang? Aku sendiri tertanya-tanya, adakah aku benar suka pada dia. Atau ini cuma satu permainan jiwa untuk mengisi persoalan aku sudah berpunya atau tidak. Aku keliru dengan keputusan sendiri.

Dulu aku terlalu mahukan dia bila sudah dapat aku rasa aku adalah juara. Berjaya mendapatkan kemahuan diri. Pentingkan diri sendiri? Mungkin juga. Aku pun rasa macam tu. AKu terlalu sombong, terlalu ego untuk dapatkan apa yang aku nak. Sekarang aku juara. Juara yang aku sendiri tidak tahu apa kepuasannya. Kepuasan yang sementara.


True Story Dari Minawa Yumi

wakaka~

*pembuka kata buat entri untuk kali ni

Aku rasa dah lama sangat aku tak menjejakkan kaki dan melapangkan masa untuk bergosip kat wall aku ni. Eh. Bukan Sombonglah. Tapi busy mengharungi minggu-minggu exam yang sial.Opss.. Terlebih sudah la pulakkan.

Aku sekarang dah tak layan lagu-lagu sedih, cerita-cerita cinta macam Nora Elena walaupun aku menghabiskan masa bertahun lamanya nak copy cerita tu dari member aku. Hidup aku sekarang penuh dengan bait-bait kebahagiaan macam dalam cerita Bila Cinta. Selepas peristiwa dulu yang merobek hati nurani aku yang sensitif ini, now I'm happy sebab aku rasa aku tak perlu mention kat sini.

Nada dering phone aku yang dulunya lagu Goodbye My Love sekarang dah bertukar I love You Forever. Message alert yang dulunya instrument piano Winter Sonata bertukar melody dengan lagu Cinta Gila. Why? Sebabnya suka hati aku la aku punya phone. Walau sekalipun aku nak lagu Awie Iris tu, takkan menjejaskan periuk nasi sesiapapun walhal Siti Nurhaliza sekalipun pung.

I do, I do, I do

Mood berubah kegilaan mendengar lagu Cil Colbie anak keturunan Caillat. Seronok sangat gaya dia menyanyi tu. Membuatkan aku yang sememangnya terer dalam bab-bab menyanyi nak menyanyi sama. Tahniah kepada aku kerana walaupun mempunyai suara sikit lagi nak iras-iras Usop Santorian aku tetap yakin bersuara cakap sua ra aku sedap.

*Entry mengarut meraban sebab dah ting tong!