Bukak Buku Baru

*Huarggghhhh (menguap-nguap macam dah seminggu tak tidur)

Bosan bermuka buku. Tak ada apa aku nak banggakan dengan mukabuku aku. Friend lists tak de la ramai mana , adala dalam pat ke nam ratus (cara cakap poyo sial), gambar profile pun tak adalah sehebat Angelina Jolie (iras-iras mungkin), satus update pun tak adalah sekontroversi Memey dan Norman. Setakat biasa-biasa aje.

Sedar tak sedar, pejam celik, bukak tutup mata dah nak habis dah bulan february tahun 2012 tapi aku still macam dulu jugak. Lawa macam dulu jugak, cun macam dulu jugak, pendek kata semua sebagus macam dulu jugak. Lebih bagus mungkin. (Rasa nak lempang je kan?) Aku nie muka memang awet muda tapi umur dah tua. Member-member aku yang sebaya aku semua dah berpasang-pasangan. Cuma aku je sebatang kera lagi. What to do. No jodoh mungkin. (Tension!)

Yang bagusnya aku ni, kalau orang lain dah mandi bunga bagai, jumpa pawang tok batin dan segala jenis haram jadah sebab risau tak ada orang yang melekat tapi bagi aku itu semua ketentuan. What meant to be is meant to be. Bercinta bagai nak rak pun tapi kalau dah takdir korang putus, lepas tu ex korang tu jadi laki aku, tetap akan jadi laki aku. (Ayat tu sekadar ilusi sahaja).

Ada masa berbunga tahun 2011 tapi bak kata orang barang yang lepas jangan dikenang. Kita tengok barang baru yang tengah sale, lagi syok. Cantik pun cantik. Apa ke hal nak risau-risau. Kita chil and relax je. Lagi pun sejak menjengah ke umur yang lebih matang ni (ayat orang matang, ko ada?) aku mula berfikir dan terus berfikir untuk maju dan aku menemui satu resolusi yang sangat brilliant bagi aku iaitu dengan TIDUR kerana stress mampu dihindarkan. Renung-renungkan dan selamat beramal. Chow!

No comments:

Post a Comment