Mungkin Ini Cuma Sementara

*Gurindam dalam jiwa melahirkan mood jiwang dipagi hari

Aku sebenarnya tak nak dia. Bukan aku tak bahgia, bukan aku tak gembira tapi mungkin sebab aku dnegan dia berbeza. Bukan berbeza dari segi harta ataupun kemewahan, tapi dari segi pemikiran dan cara menjayakan sesuatu hubungan.

Dia: I request in relationship dengan you on Pesbuk

Me: Hah? (terkejut yang dicover-cover).. Yeke?

This is the beginning perasaan hamlau yang melanda diri aku sejak akhir-akhir ni. Bukan aku mahu menutup kebenaran yang aku sudah ada yang punya tapi bagi aku tak perlu diheboh-hebohkan. Aku bukan jenis perempuan yang suka berlagak dnegan status yang ada, mengedik di Pesbuk dengan ayat-ayat yang mampu mengundang muntah biru masyarakat Pesbuk. Aku bukan begitu. Tidak salah untuk membentangkan status di Pesbuk, itu adalah hak masing-masing cuma mungkin aku saja yang masih kolot mungkin.

Kolot? Benar! Aku kolot. Aku tak biasa dengan pangilan sayang, aku tak biasa mengungkapkan ak,  sayang, aku tak biasa dengan nyanyian merdu. Itu aku. Aku tak pandai nak mengedik seperti mana perempuan-perempuan dia yang dulu.

Dia: I rindu u sangat

Me: Oh.. Okay

Dia: Macam tu aje??

That's it. Itulah aku. Aku tak biasa dengan pangilan manja, gurau-gurauan manja atau apa saja perbuatan yang boleh mengundang muntah biru. Aku tak biasa. Kadang-kadang perbezaan yang terlalu ketara buat aku rasa aku tak sesuai untuk dia. Rasa sayang? Aku sendiri tertanya-tanya, adakah aku benar suka pada dia. Atau ini cuma satu permainan jiwa untuk mengisi persoalan aku sudah berpunya atau tidak. Aku keliru dengan keputusan sendiri.

Dulu aku terlalu mahukan dia bila sudah dapat aku rasa aku adalah juara. Berjaya mendapatkan kemahuan diri. Pentingkan diri sendiri? Mungkin juga. Aku pun rasa macam tu. AKu terlalu sombong, terlalu ego untuk dapatkan apa yang aku nak. Sekarang aku juara. Juara yang aku sendiri tidak tahu apa kepuasannya. Kepuasan yang sementara.


No comments:

Post a Comment