Alkisah Round Kota

Memandangkan hari ini, aku off, aku rasa hari ini sangat gembira. Dapat pulak pekena nasi putih lauk ayam masak pedas hasil air tangan makcik yang dekat kawasan perumahan aku ni, dilengkapkan dengan segelas air Tea O Ais yang kaw punya hasil air tangan scandal makcik tu (laki dia la tu), menceriakan lagi cuti aku pada hari ini.

* Berdehem dua tiga kali sebelum menulis lagi

Aku berfikir-fikir untuk apa aku menulis pada kali ni sebab yang sebenarnya aku kekeringan idea. Segala kekreatifan dan jugak keinovatian yang dikurniakan oleh Tuhan selama ini, umpama ditarik balik gara-gara terlalu sibuk bekerja. Walupun pada walhalnya aku cuma practical tapi bagi menambahkan gimik dan bagi menguatkan lagi usul bahawasanya aku sangat penat sejak menjak ini, maka aku mengistiharkan diri aku sebgaai seorang wanita yang berkerjaya. Nampak lebih sedap bukan? Ye dak?

* Berdehem untuk kali seterusnya sambil minum air Kopi Kaw

Hari ini aku rasa terlalu banyak dugaan yang datang mungkin untuk emnguji kesabaran diri aku. Walhal satu dunia tahu aku ini memang penyabar orangnya (tangan didada mata keatas). Sejak semalam aku menetapkan satu misi utnuk hari ini, misi mencari kedai tukang jahit. Kaedahnya, aku nak outer baju. Setelah bersiap ala kadar ala-ala Christina Aguilera (ini adalah gimik bagi menambahkan dinamik dalam blog ini), aku melangkah keluar dengan otak yang kosong dan disempurnakan dengan poket yang kosong. Sampai saja dikedai, aku ditakdirkan terlupa drawing duit walhal aku telah mendapat port parking yang baik punyerr kat depan kedai uncle (tukang jahit). Maka berlari-lari lah aku mencari bank (ini juga adalah gimik semata-mata kerana yang sebenarnya, aku tak berlari pun aku cuma reverse kereta aku dan chow).

* Berhenti menulis keluar pergi Seven Eleven mencari sekeping topup

Selepas beberapa ketika aku pun kembali ke kedai uncle tu. Sesungguhnya parking aku sudah ada kereta lain yang tiaw, maka aku berlalu pergi (gimik buat kali yang aku sendiri tak tahu walhal yang sebenarnya aku menyumpah seranah kereta beliau) .Aku berjalan kaki ke kedai uncle tu setelah aku mendapat parking yang jauh berbatu-batu (actually aku parking sesuka hati je sebab aku dah bosan asyik pusing-pusing), dijadikan cerita  uncle tu tiaw duit aku sebanyak RM25 hanya untuk outer baju yang mana bahagian yang perlu diouter hanya sebesar kuman (%*^&%R uncle tersebut).

*Tak mampu meneruskan penceritaan lagi sebab diinterrupt oleh Encik Malas

No comments:

Post a Comment