Aku Manusia Biasa

Blog aku ni cuma hanya aku yang wujud. Aku memerlukan sokongan untuk terus menulis di blog. Macam tu jugak hidup aku. Hidup aku sendiri. Aku memerlukan sokongan untuk teruskan hidup. Ya~ aku tahu hidup aku masih panjang. Disebabkan masih panjang la aku memerlukan sokongan. Sokongan bukan sekadar sokongan nyanyian, atau kata-kata dari mulut yang kadang-kadang lancang menyusun kata. Tapi sokongan dari segi mental adalah lebih penting.

Berhenti! Kalau boleh aku jerit, aku jerit sekuat hati. Berhenti meletakkan beban diatas bahu aku. Berhenti membuat tuduhan membabi buta terhadap aku. Aku cuma manusia biasa. Yang selalu bertembung dugaan yang menimpa dan melatah dek kerana kejutan yang tak pernah aku bayangkan. Aku cuma manusia biasa yang sering tenggelam dalam keinginan yang kadang-kadang bisa mengundang kata maki dari sekeliling. Aku cuma manusia biasa yang inginkan kata pujian melonjak-lonjak sehingga sampai satu tahap aku lali untuk berdiri dengan sendiri.

Berlari! Kalau aku mampu berlari, aku akan terus berlari tanpa menoleh kebelakang lagi. Berlari meninggalkan semua yang ada, meninggalkan masa silam tak kira yang dulu mahupun yang semalam. Sebab aku benci. Benci dengan keadaan, persekitaran yang aku hias sendiri. Aku kadang-kadang malu, malu dengan perwatakkan diri yang sering dihujani kata caci dan hina dari sekkeliling. Cuba menjadi diri sendiri? Aku tak mampu apabila aku sedar aku berdiri dengan sendiri tanpa ada yang ingin menjadi pedinding andai aku dihapus kata caci maki.

Hari ini, aku masih malu. Malu dengan diri sendiri. Malu dengan kenyataan aku masih seperti dulu. Malu dengan kenyataan aku tak mampu mengubah kisah lalu. Malu mengenangkan diri sering diperkotak-katikkan dek masyarakat dunia yang halus mencaci hina diri ini. Aku cuba bersabar. Aku cuba menerima kenyataan. Tapi aku cuma manusia biasa. Yang pada keesokkan mengulangi sikap kebodohan yang sama. 
 

No comments:

Post a Comment