Akan Ada Yang Lebih Baik Selepas Ini

Dugaan bertimpa-timpa. Dan aku? Cuma mampu menahan dan melihat. Tak ammpu berbuat apa-apa kerana aku sendriri masih keliru dengan tulisan jiwa aku. Adakah benar dia? Ataupun dia cuma satu persinggahan saja buat aku. Buat aku yang masih mencari-cari sesuatu erti yang aku sendiri tidak mengerti.

Tiada apa yang kurang pada dia. Dia sempurna bagi hati yang sememangnya memerlukan dia. Tapi mungkin hati itu bukan hati aku. Aku masih belum mampu menghargai hati yang begitu suci menyayangi aku. Aku tak mampu membalas segala rasa yang dia berikan.

Mungkin aku manusia durjana. Memainkan perasaan sesuka hati, meteetawakan perasaan yang begitu suci, tapi aku juga manusia. Yang mencari kebahagiaan, dalam segenap sudut dalam sekeping hati, mencari cebisan kasih yang yang hilang sejak azali. Aku sedang mencari.

Mungkin aku dan dia masih belum pasti. Apakah kami benar-benar ditakdirkan berdua lagi. Aku cuba melangkah tanpa berpaling ke belakang. Menharapkan suatu penyelesaian dari sang dia. Tapi dai tetap kaku. Mulut membisu. Mengharapkan aku yang sesat dalam suatu rasa yang aku tak tahu, memberi kepututsan yang aku sendiri tidak pasti mana pangkal mana hujungnya. AKu mencari konklusi, mungkin penghujung adalah yang yakni.

No comments:

Post a Comment