Pakwe, Makwe, Kaya Ball

Penat sangat hari nie selepas bermarathon dengan anjing jiran 4 blok dari rumah aku. Mampu berlari gaya-gaya Maria Sharapova kejar bola gitew. Gigih ke Tesco yang terekat semata-mata nak membeli kaya ball. Korang mampu bersemangat kental macam aku?

Masa pergi Tesco tadi, dah alang-alang kat situ, aku pun apa lagi, mencuci mata la. Bukan cuci mata tengok jejantan ye, tapi tengok barang-barang dekat kedai yang tengah sales. Sangat jojes ye harganya. Tapi disebabkan poket aku pun jojes jugak, maka cuci mata sekadar cuci mata. Tak boleh beli. Duit tak ada, takkan tak reti-reti kan.

Berbekalkan duit 5 hengget, aku dengan yakin beratur dekat kaya ball kaunter, muka confident kalah Julie Dahlan. Then, mas atengah aku duk beratur tu, ada la seorang jejaka ini, muka hensem ala-ala idaman malaya gitew u ols. Okay la kan, sambil tunggu akak tu godek-godek kaya ball aku tuu. Aku ingatkan hensem sampaikan ke petang, rupanya botok yang kau amalkan. Perangai bapak tak senonohnye. Duk ngap kaya ball sampai penuh mulut, tak cukup dengan tu, ditambah kebengongan dengan menyebat kaya ball awek dia. Kesian aku tengok awek dia. dah la kerempeng, bila-bila masa je boleh kena tiup dek angin.

Tapi yang tidak boleh blah lagi, muka awek dia nie kekal bangga nie. Aku aje ada pakwe, pakwe aku hensem meletop walaupon perangai gelojoh macam setan. Giteww le agaknya apa yang dia cakap dalam hati berdasarkan raut wajah dia yng so so tuu. Aku tak nak mengutuk tapi disebabkan keperibadian sebegitu rupa seakan-akan memanggil aku untuk mengutuk. Maafkan saya. Saya cuma insan biasa yang tak boleh melihat kebengongan dan kesombongan sebegitu rupa.

Bila ingat balikkan, muka perempuan dengan laki dia tu memang ada iras-iras. Biasalah macam orang tua cakap, kalau ada iras-iras tu ada jodohlah gamaknya. Kalau yang laki tu hensem macam Orlando Bloom, si awek pulak muka macam Ogy the cockroach. Tu biasalah. Kitakan saling melengkapi. Aku agak diorang tu memang suka makan kaya ball, setiap kali dating melantak kaya ball, sebab tu muka macm kaya ball. 

No comments:

Post a Comment