BIAR REMUK KALAU ITU YANG TERBAIK

Alhamdulilah.

For ages this is first entry yang aku rasa penuh dengan rendah diri dan rasa bersyukur sebab aku masih mampu untuk mengarang di belog aku yang entah apa-apa nie. Selama 20 tahun aku meniti hidup di bumi Allah ini, ini adalah kali pertama aku rasa sangat suatu perasaan yang speechless. Allah bagi aku peluang berkali-kali untuk aku menikmati keindahan bumi tapi mengambil masa untuk aku memahami setiap ciptaan itu terlalu lama. Terlalu lama juga untuk aku rasa bersyukur dengan setiap apa yang aku ada.

Sekarang baru aku faham, baru sedar, everything that happen to us is not because Allah hate us but because He love us too much. Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, setiap apa yang terjadi adalah utnuk menyedarkan hamba-Nya supaya kembali ke pangkal jalan. Jangan sesekali berharap sesuatu didunia ini untunk mengubah anda, atau berterima kasih kepada makhluk didunia kerana perubahan anda, tapi bersykur kepada Allah kerana temukan kamu dengan ornag yang benar untuk membawa perubahan kepada kamu.

Aku cuma manusia biasa dan aku sentiasa melakukan kesilapan yang kadang-kadang akus endiri tidak nampak. Tapi alhamdulilah, Allah itu Maha Penyayang, DIA datangkan aku dengan kesedihan dan dugaan untuk menguji aku. Menjadikan aku seorang yang lebih tabah dan membuka mata aku untuk kenal siapa pencipta aku yang sebenar. Alhamdulilah. Hidup aku bukan kerana seorang lelaki, hidup aku bukan kerana sebuah cinta, tetapi hidup aku untuk DIA dan juga ibu ayah aku yang tercinta. Alhamdulilah~

No comments:

Post a Comment