Mungkin Entri Jiwang

After a few days spent time alone, now I'm back.. Looking for something different and bila dan muncul balik memang sesuatu yang aku dah lama jangka akan jadi happen suddenly.. Tak guna bertanya kenapa, tak guna mencari salah siapa, tak guna menduga apa salah saya.. Itu semua hanya question that has no answer.. 

Dimensi yang berbahagi antara dua manusia dan tak akan mungkin bertemu dalam jarak masa yang kita sendiri tak dapat meramal.. Apa yang menjadi penghubung cuma kenangan-kenangan lama yang berlegar disimpan sebagai satu pengalaman antara dua manusia.. Tak ada yang mampu melenyapkan setiap inci kenangan antara dua makhluk bumi melainkan mereka sendiri yang cuba menidakkan pertemuan yang terlalu singkat..

Cuma mampu melihat tanpa berkata-kata, cuma mampu menyanyi tanpa lirik yang nyata dan cuma mampu bernafas tanpa tahu apa sebabnya aku masih berdiri disini.. Setiap persoalan yang timbul hasil kimia tindak balas dengan perasan yang bercampur dengan peristiwa yang terjadi, seumpama tidak mampu bersetuju dan tidak mampu menghalang.. 

Peredaran dunia seimbang dengan perubahan manusia dan juga hati yang tidak mahu mengalah dalam mencari perubahan yang positif.. Dan diri ini masih disini, tidak mampu melangkahkan kaki kerana terlalu takut kehilangan kenangan lampau yang sudah lapuk.. Takut menghadapi sesuatu yang tak pasti dan sesuatu yang tak dapat diramal oleh logik akal fikiran.. 





No comments:

Post a Comment