Saya Senyum Tak Semestinya Saya Suka

Seronok dapat duduk sambil tersengih depan lappy aku yang disayangi ni.. Yang benar, dah lama sangat gua rasa gua tak update gua punya blog ni.. Dah berhabuk dah sana sini.. Disebabkan gua tengah bercuti sekarang ni, maka akan gua gunakan masa gua yang terlalu berharga ni untuk menulis kat blog ni.. Yela kalau bukan gua yang menconteng kat sini sape lagi kan.. Itu citer dia..

Selama beberapa dekad aku menghabiskan waktu dan ketika untuk belajar, ada masa jugak hal-hal yang sengal ala-ala ubi keledek berlaku.. Aku masa tu telah ditakdirkan bangun lambat, maka tergopoh-gapah lah aku bersiap.. Dah lambat tapi sempat lagi bersiap tu.. Bila aku tengok cermin, nampak dah agak-agak cun, aku pun blah pergi ke kelas.. On the way nak ke kelas tu, macam-macam spekulasi otak kanan aku buat, masuk aje kelas tu harus kena bahan, paling cikai pun kena marah sebakul dua.. 

Tengah aku duk berfikir alasan-alasan logik nak bagi kat lecturer, tiba-tiba ada sorang mamat dengan member dia lebih kurang 3 orang rasanya.. Pandang aku macam aku ni ada hutang dengan dia.. Bila difikir balik jangan kata dia, duit awek dia pun aku tak pernah pinjam walhal aku tak kenal pon sape awek dia.. Tapi rupa dia tu, macam familiar je.. Nak kata kawan aku punya kawan, mustahil sebab tak mungkin aku tak kenal, biasanya yang ada rupa macam tu dah kompom-kompom aku suruh member aku kirim salam.. Nak kata iras-iras Dafi, nampak sangat menipunya.. Kalau Dafi tahu, menangis si Dafi tu..

Zappp! Tiba-tiba otak aku proses satu memory.. Inilah mamat yang aku jumpa kat kafe, pastu aku tengok dia, dia tengok aku, aku pun senyum kat dia sebab aku dah tak ada motif lain lagi.. Aku agak la dia ingat aku dah suka kat dia kot.. Memang tak la bro! Gua ni memang spesis yang mesra alam kot.. Sesungguhnya, spesis macam gua ni memang dah susah nak jumpa di zaman berteknologi tinggi ni tapi masih wujud lagi la.. Setakat senyum tu, ada macam-macam makna.. Mana tahu orang senyum sebab lawak tengok  muka ko, orang senyum sebab dia mengutuk ko dalam hati.. Possible and this is very basic kot.. 

Sesungguhnya, aku rasa mamat tu bertuah sebab aku senyum kat dia ikhlas dan aku tak ada pun mengutuk dia.. Motif aku senyum kat dia? Sebab dia hensem la.. Hahaha.. Bye!

 

No comments:

Post a Comment