Surat Cinta Zaman Kuno

Kehadapan yang dihadapan,
tujuan saya menulis entri pada kali ini adalah untuk mengungkit kisah-kisah lama antara saya dan awak, mereka dan juga skandal-skandal yang pernah wujud dalam kamus hidup saya.. Yang sememangnya terang lagi bersuluh awak tidak pernah tahu.. Cuba awak byangkan kalau awak tahu.. Tentu mati saya awak kerjakan..

"Saya akan cari awak sehingga kehujung dunia kalau awak tinggalkan saya"

Ingatkah awak pada ayat keramat itu? Ya.. Itu adalah apa yang pernah saya bicarakan dengan awak... Awak begitu setia pada ayat itu.. Tidak pernah meninggalkan saya sendirian.. Tapi sebaliknya pula yang terjadi.. Saya yang meninggalkan awak.. Saya sendiri binggung, macam manalah awak boleh pegang kata-kata tu.. Asal saja saya minta putus, awak mesti akan datang memujuk rayu.. Ya benar.. Saya masih sayangkan awak, tapi perangai awak yang seakan cibai itu meragut kesabaran saya.. Jadi saya berlalu..

Mesti awak pelikkan kenapa saya senang-senang saja boleh pergi tanpa menoleh ke arah awak yang terkinjal-kinjal.. Sebab say ada skandal lain.. Maafkan saya.. Itu adalah nautrally terjadi kepada kita.. Sesungguhnya saya masih tidak matang pada ketika itu.. Awak pun satu.. Kenapa awak begitu setia? Sedangkan pada waktu itu awak mempunyai ramai peminat fanatik sehingga ada yang berani menghantar surat layang kepada saya mengugut saya.. Tiba-tiba saya terasa awak bodoh..

Awak, semua hadiah yang pernah awak berikan kepada say masih lagi saya simpan.. Bukan kerana say masih lagi mengingati awak tapi kerana saya tak tahu nak bagi pada siapa.. Nak dibuang, tidak muat tong sampah sebab semua hadiah awak bagi tu kotaknya besar-besar belaka.. 

Saya baru sahaja meng'stalker' fesbuk awak.. Awak sudah maju sekarang.. Sudah ada fesbuk.. Saya melihat status awak yang jiwang-jiwang belaka.. Sungguh, awak tidak pernah berubah.. Tapi saya kagum kerana awak sudah ada cinta lain yang menerima diri awak dan saya tahu dia sayangkan awak sebagai mana awak sayangkan dia.. Bagaimana saya tahu? Kerana saya membaca semua komen-komen yang boleh mengundang muntah biru antara awak dan dia..

Saya? Saya masih lagi disini terus mencoretkan cerita-cerita lampau.. Saya tidak seperti awak.. Menyulam cinta dalam keadaan orang lain muntah biru, hijau dan macam-macam lagi.. Apapu, saya bahagia melihat perkembangan hidup awak kini.. Saya harap awak akan kekal bahagia sampai bila-bila..






No comments:

Post a Comment