Mapley-Mapley Melampau

Salam to all readers and viewers setia blog aku.. Although dah lama tak update but still thank for the feedback from you guys semua.. Aku hari ni nak cakap pasal golongan Mapley-Mapley Melampau.. This entry is based on rasa tidak puas hati dengan keterlampaun mapley-mapley di Malaysia.. Berikut adalah antara mapley-mapley yang bakal lingkup jika mereka meneruskan polisi berniaga dorang...

1.      Harga makanan yang mahal macam celaka.. Serius ini umpama menempah maut sendiri.. Bapak segala mahal makanan.. Padahal nasi goreng biasa je kot.. Tu tak mintak tambah telur lagi.. Kalau tambah telur, jawabnya last-last nak balik kena basuh pinggan dulu bhai.. nak lagi embakar hati, nasi goreng sepinggan lagi mahal dari pinggan.. Ni dah bukan cekik darah, ni saja nak bagi manusia sejagat kena heart attack walaupun orang tu sihat sejahtera, dalam rekod penyakit tak pernah ada penyakit merbahaya.

2.     Service selembab siput yang tidak boleh disebut nama keduanya.. Kalau nak makan pukul 8, pukul 5 dah kena ada da kat kedai tu.. Nak cakap orang ramai, memang akan hanya ada korang je sekalian makhluk kat situ.. Mulut dorang tu kalau diperhatikan lebih laju dari pergerakan pisau dorang memotong bawang.. Gosip yang dorang ada lebih banyak dari order yang dorang terima.. Kalau dilihat dari mata kasar, lebih menyakitkan hati.. Nak tunggu dorang datang ambil order, lagi la sengal.. Sakit hati tak dapat diungkap.. Mintak straw pun setengah jam baru dapat.. Realiti mapley..

3.    Kualiti dan kuatiti makanan yang sememangnya tak ada langsung keikhlasan terpancar.. Cakap pasal kualiti, kalau korang order Nasi Gorang Ayam Merah, ayam dia tu kalau dibaling kat anjing, memang tak sempat nak cakap apa anjing tu, terus K.O.. Keras umpama batu.. Mungkin nak jimat, ayam goreng 3 hari lepas, digoreng berulang-ulang kali tanpa rasa bersalah.. Kalau ayam tu boleh bergerak, aku agak ayam tu berlari-lari masuk sendiri dalam tong sampah.. Sedar diri, dia dah tak boleh dimakan lagi.. 

4.   Ambil order macam Along nak mintak hutang.. Tak ada senyum langsung.. Sampai kadang-kadang aku yang tak nak makan ni pun order sekali.. Takut kena marah datang tak reti nak order.. Apa salahnya kalau senyum sikit.. Pelanggan yang datang makan tu kadang-kadang nampak sanagt muka tak ikhlas nak makan tapi dipaksa telan jugak makanan.

5.   Pemurah dalam meletak garam.. Aku tak tahu sama ada ini sememangnya trend atau kewajipan bagi mapley.. Kalau korang perasan dorang ni suka sangat masak masin.. Aku agak dorang ni kaya sangat kot dengan garam tak pun ada kilang garam sendiri.. Sebab tu tak berkira kalau masak terlebih garam.. Masinnya tu teramat yang sangat.. Tuhan aje yang tahu.. 

No comments:

Post a Comment