Satay, Live Band Dan ....

Mengidam!
Malam nie harus meriah. Five star lah kat mak ayah wa yang gigih bawak kitaorang beramai-ramai pergi menjamu satay walhal kitaornag hanya menjamu mata tengok kedai satay. Apa pasal? Sebab satay habis la der. Satay kat area rumah wa memang THE BEST IN TOWN. Abang ipar wa yang Johor mali pon boleh tangkap cintan dengan satay kat sini. Tu kata kakak wa yang merangkap bini dia. Wa dengar je. Kalau dia tipu wa, maknanya wa tipu lu orang jugak. Harap dosa tak jatuh kat atas wa sebab dah terlalu banyak dosa wa nak kena tanggung.

Back to the story...

Lepas beberapa jam wa dan family berlegar-legar kat atas jalan raya dan selepas beberapa ketika abang ipar wa yang sabar bawak kereta sambil racing berpartner dengan kereta sebelah, kita ornag decide nak pergi jengah kedai kat area rumah wa jugak. Memang meletop tempat tu wa cakap lu. Ni bukan gebangan wa ataupun penipu sekilas, ni benar oo. Serius wei. Memnag lawa. Dengan suasana ala-ala 90's, live band yang sempoi, dengan tv besar gedabak, sesuai untuk ayah, mak dengan abang ipar wa layang bola. Mak wa dah jadi kaki bola sejak-sejak pencen nie. Mungkin dah terpengaruh dengan ayah wa atau pun keadaan semasa. Wa pun tak pasti punca sebenar tapi mak wa memang sempoi habis.

Lebih kurang macam nie la brader tu feeling
Nak dijadikan cerita, anak buah wa memang terkenal dengan sikap penakut yang amat sampai kadang-kadang wa yang memang naturally penakut boleh tepek dahi tengok sifat dia yang annoying itu. Tapi apa boleh buat, anak buah wa jugak. Maka setelah sekian lama kami satu family lepak kat kedai tu, datang dua lelaki nie, sorang muda lagi tapi muka tak ada stock market, yang sorang lagi brader dalam 50an, 60an macam tu. Sempoi beb main keyboard dengan sexophone. Memang nampak cool. Anak buah wa yang sorang dah ketakutan bagai tengok citer Ju On. Mungkin sebab tak pernah tengok benda alah yang brader tu pegang kot. Wa agak la. Anak buah wa yang sorang lagi, relax je layan music tu. Sama macam wa. Tiba-tiba naik satu brader lain atas pentas, kepala botak, pakai jeans ala-ala filem koboi, pakai baju ala-ala underground. Melompat anak buah wa dari babychair dia. Ngeri sangat mungkin keterampilan brader tu. Wa pun tak faham.

Awat sora brader ni mcm haram?? Uwaa!

Tapi brader tu boleh bantai nyanyi feeling habis. Mak dang ayah wa kat meja dah tepuk dahi berkali-kali tanda membangkang tindakan beliau yang berani mati. Mungkin sebab perlakuan anak buah wa yang betol-betol memprotes suara beliau yang tak berapa nak merdu, beliau berenti jugak menyanyi. Customer lain pandang umpama berterima kasih kat anak buah wa yang genius tu. Wa pun bangga ada anak buah serupa itu.


Malam tadi dinner kitaornag satu family digugat oleh ketidak sedapan masakan yang hampeh dari kedai tersebut. Sungguh celaka. Tapi tauke dia wa salute, muka bajet kedai dia makanan paling sedap. Dah lah tak sedap, lambat, mahal ketak wa tak tahu sebab yang bayar puns edia maklum bukan wa. Takkan wa nak gi tanya abang ipar wa pulakkan? Malulah. So, wa buat muka tak kesah je. Wlahal teringin giler nak tahu. Wa chow dulu. Ada mamat sornag nak main poke-poke dengan wa kat Facebook. Chow!

No comments:

Post a Comment