Dah agak lama aku stop writing aku kat blog ni. Buntu idea? Atau perasaan yang undefined yang tak mampu duperkatakan? Mungkin jugak. Tapi aku sendiri tak pasti. Aku pun tak pasti apa dah jadi kepada aku untuk beberapa ketika ni. Mungkin memberontak kepada dunia atau mungkin juga membentak kepada perasaan sendiri yang selalu was-was tentang sesuatu.
Ya. Aku seorang yang terlalu menjaga perasaan aku supaya aku tak disakiti berkali-kali. Cukup sekali, dua kali, tiga kali aku perlaku seperti orang bodoh yang tak punya otak. Mungkin perasaan cuma satu mainan bagi mereka yang durjana dari segala seginya. Aku disakiti, dan aku yang merasa. Kau rasa apa aku rasa? My ass!
Bukan aku seorang yang sombong, tapi kejadian dulu buat aku jadi serupa itu. Salah aku jugak? Sebabkan manusia yang terlalu taksub dengan ego dan nama seorang lelaki yang harus digenggam. Silap aku? Pergi mati! Kau lelaki cuma tahu berkata-kata sesuatu indah tapi tak pakai otak sehingga tidak mampu untuk berfikir pro dan kontra setiap perlakuan kau.
Maafkan aku. Ya, aku meminta maaf. Kepada kau yang datang yang cuba menjadi sebahagian aku. Perasaan was-was, tabiat lama tak mampu aku campak ke laut china selatan walaupun aku sayang kau. Jangan salahkan aku. Salahkan dia, ya! Dia yang pernah buat aku macam sampah dulu. Aku suka kau tapi aku risau aku tak mampu membalas setiap kebaikan yang kau bagi. Terlalu cantik dimata aku sehingga aku boleh tersenyum sambil mengutuk diri sendiri kerana tak mampu buat perkara yang sama pada kau. Kau datang tanpa signal lampu merah, kuning atau hijau. Aku lebih senang isyarat bodoh berupa traffic light yang mengambil masa untuk berlepas pergi. Tapi aku tak mampu menerima kehadiran serupa lampu spotlight yang terus memancar ke muka, berpinar-pinar.
Aku tak tahu apakah sedang aku lakukan, apakah harus aku lakukan. Semua berupa bola berapi yang dicampak ke muka. Perlu aku menyambut walaupun possibility aku untuk terbakar berkemungkinan 99%?
Orang bodoh! Aku memberontak keatas satu persoalan yang aku sendiri inginkan. Tak tahu apa kesudahan. Aku mampu senyum dan yakinkan diri untuk bertahan.
No comments:
Post a Comment