Awak Manusia Cliche


Salam all.. What's up? Nice day untuk mereka yang patah hati dan tengah kecewa diri.. Yang sedihnya, aku pun sama.. Kenapa kena berakhir dengan aku yang kecewa? Bukan dia, mereka atau sesiapa saja selain daripada aku.. Y_Y

"Awak memang orang paling cliche pernah saya jumpa dan saya benci awak.. Saya tak tahu macam mana saya boleh suka awak tapi yang pasti saya terlalu bodoh masa tu".. Ayat yang bermain-main kat kepala aku.. Nak aje aku sembur kat mamat sial tu.. Tak faham ke dia aku ni suka dia melampau-lampau mengatasi kesukaan aku terhadap KFC apatah lagi McD.. Sedih kembali..



"Kalau awak dah bosan dengan saya please say it but don't let me wonders around like a fool".. Macam tu lah dia buat kat aku.. Dia biar je aku sebatang kera (eeuuww), melilau entah apa-apa.. Dia kat sana sesuka hati berfoya-foya macam orang gila.. Bersosial sana-bersosial sini dah macam orang tak ada jati diri.. Tapi dengan aku tabur ayat manis macam nak mati.. Sungguh cliche..

"Hye awak.. Awak buat?".. "Hai awak jugak.. tak ada buat pape.. So boring.. Miss u".. What the h***.. Ko tak ada buat apa-apa tapi ko tak text aku.. Lepas tu dengan yakin boleh ko cakap ko rindu aku... Ko memang manusia yang laknat.. Tersangat cliche dan tu buat aku jadi benci melampau kat ko walaupun sebenarnya aku sayang.. Choi!



Kalau diikutkan terlalu banyak hal yang buat aku makin geram dan rasa annoying dengan ko.. You cross the line already and there's no way back.. You give it and I take it.. Aku admit people's change dan kau salah seorang daripada golongan tu.. Tapi kau lupa, I'll change too..
Photobucket

Kisah Monyet Kapas

Hai dan Selamat Menunaikan Solat Maghrib kepada semua.. Hari ini aku nak described sebagai hari sabar sedunia.. Sesungguhnya tahap kesabaran aku teramatlah teruji hari ini dengan pelbagai dugaan.. Aku anggap ini semua sebagai dugaan final exam..

First, hari ni aku bangun dengan tekad nak study.. CTU cuma dua tiga detik je kat depan.. Satu hapa pun tak sentuh lagi.. Aku dengan mood yang terlampau malas dengan berat hati dan kaki, pergilah ke library dengan member aku, Tasya and Ain.. Sebelum sampai ke destinasi kitaorang singgah lah ke kafe mengisi perut dulu..

Ekspresi pertama bila masuk kafe, "Perrgghh!".. Kagum tengok lauk-pauk untuk lunch dah siap tepat jam 9.30 a.m... Aku pun apa lagi, perut dah memanggil-manggil, terus aku focus dengan matlamat aku nak makan.. Tengah syok-syok makan, tiba-tiba membe aku, Tasya dengan muka selamba tenuk " Wei, monyet..".. Aku yang sememangnya tak pernah sebulu dengan kaum kerabat monyet ni apalagi terus bangun ke luar.. Gi basuh tangan.. Cara untuk cover line nak menyelamatkan diri dengan gaya paling macho.. Tapi aku masuk balik sebab member aku cakap tak ada apa-apa.. Aku duduk balik, makan balik walaupun muka aku dah cuak tahap gaban..Nasi yang masuk ke mulut pun dah tak rasa macam nasi dah.. Rasa angin je yang masuk.. 

Tengah aku duk berimaginasi sendiri, tiba-tiba Tasya lagi sekali buat gempak, "Kera tu tengok engkau.." Burrrsshh.. Tiba-tiba involunteery action berlaku, nasi tersembur.. Habis kena si Tasya yang kat depan aku tu.. Bapak kesian.. Aku cuma mampu melihat sambil tergopoh-gapah bangun keluar kafe.. Takut dow.. Dibuatnya dia rabak selendang aku, tak ke mampus.. Nasib baik tak ada orang masa tu.. Kurang-kurang terpelihara jugak maruah aku.. Hahaha..

Tapi nak dijadikan cerita, tengah-tengah aku duk mengusha kelakuan si monyet kat atas bumbung kafe, boleh pulak ada satu couple ni duk bercinta sambil nak beli makan.. Aduh.. Wei.. Monyet kat atas kepala korang tu.. Jangan sampai cinta korang jadi cinta monyet sudah.. Duk bergurau senda bagai.. Monyet tu tengok je.. Bapak kesian.. Teringin nak bercouple jugak aku rasa.. Tapi memang tak boleh blah tengok dorang.. Tengah syok-syok dorang pilih lauk, aku nampak monyet kat atas tu duk tergaru-garu.. Elok, baik je kat bawah tu lauk gulai apa entah.. Lepas tu couple tu pergi cedok pulak lauk tu.. Perggh.. Sebati segala rasa.. Aku dalam hati lega,sebab aku amek lauk yang kat hujung bukan kat tempat monyet tu tergaru-garu, lagi satu aku ambil lauk sebelum kehadiran monyet tu.. Selamat aku.. Kalau tak dah ke J.E tak pun Chikugunya.. ^_^

Photobucket

AKU JEJAKA IDAMAN MALAYA

What's up readers and all gossiper's out there? I bet korang sememangnya tak ada kerja so that's why korang ada masa nak menyelip dalam blog aku yang serba humble ni..

Nowdays korang akan sentiasa dapat melihat lelaki, teruna or "jejaka" (maybe :P) yang terlebih dos kebajetkan dalam diri dorang semua.. Kenapa ini semua berlaku? Itu yang kita tak tahu.. Well.. Sekarang ni terlalu susah nak jumpa lelaki yang humble (kalau ada tu pun hanya yang buat-buat humble), baik (yang bagi korang tumpang kereta tu bukan baik), hensem (yang korang tengok handsome semacam tu bukan hensem tapi perasan) dan macam-macam lagi.. 

Kalau korang notice kan, biasa korang berjalan then korang catch an eye on a guy, guy ni akan buat-buat bercakap, tak pun bajet main phone, padahal macamlah kita tak tahu yang dia tu main game snake.. So kuno.. Please.. Upgrade sikit.. Mainlah chess ke, game lompat-lompat ke.. Barulah terserlah kegagahan kat situ.. Sadis sungguh..

Lelaki dah diketahui hobi dorang melepak kat mamak-mamak tak pun kedai burger member tepi jalan.. Pastu berborak sampai tak ingat masa, tak pun main gitar sampai duduk atas motor.. Konon bajet cool lah.. Bajet aweks yang lalu lalang akan terpana dengan ketinggian skill dorang bermain gitar ataupun kebolehan dorang membalik-balikkan daging burger dengan perbagai style.. What the shit.. Girls ada taste dorang tahu.. Think out of the box JEJAKA IDAMAN MALAYA!

Bagi yang dah ada awek.. Text siang malam ni.. "Baby dah bangun?".. "Baby dah makan?".. Ceh.. Mamat-mamat macam ni patut dicampak ke laut je.. Sekarang dah tak main ber'baby' bagai.. Shame on you yang still stick to those panggilan.. Cukuplah ber i you or maybe called nama je.. Lagi senang.. Geleman kot.. 

Hey jejaka, jangan nak bersikap casanove sangat.. KO tak handsome plus bergaya mana pun.. Macho tu adalah.. Setakat dengan ketinggian tak cukup, body macam ranting, kulit hitam macam minyak gamat.. Tak payah.. Forget... Korang memalukan diri sendiri je.. 

Sorry sebab be terlampau honest tapi ni adalah luahan hati yang sememangnya tak sanggup lagi menipu.. Ni adalah statement supaya korang sedar jangan senang-senang hati nak melabel perempuan itu ini sebab korang pun sebenarnya tak cukup bagus mana.. Right girls? ^_^

Photobucket