Kisah Monyet Kapas

Hai dan Selamat Menunaikan Solat Maghrib kepada semua.. Hari ini aku nak described sebagai hari sabar sedunia.. Sesungguhnya tahap kesabaran aku teramatlah teruji hari ini dengan pelbagai dugaan.. Aku anggap ini semua sebagai dugaan final exam..

First, hari ni aku bangun dengan tekad nak study.. CTU cuma dua tiga detik je kat depan.. Satu hapa pun tak sentuh lagi.. Aku dengan mood yang terlampau malas dengan berat hati dan kaki, pergilah ke library dengan member aku, Tasya and Ain.. Sebelum sampai ke destinasi kitaorang singgah lah ke kafe mengisi perut dulu..

Ekspresi pertama bila masuk kafe, "Perrgghh!".. Kagum tengok lauk-pauk untuk lunch dah siap tepat jam 9.30 a.m... Aku pun apa lagi, perut dah memanggil-manggil, terus aku focus dengan matlamat aku nak makan.. Tengah syok-syok makan, tiba-tiba membe aku, Tasya dengan muka selamba tenuk " Wei, monyet..".. Aku yang sememangnya tak pernah sebulu dengan kaum kerabat monyet ni apalagi terus bangun ke luar.. Gi basuh tangan.. Cara untuk cover line nak menyelamatkan diri dengan gaya paling macho.. Tapi aku masuk balik sebab member aku cakap tak ada apa-apa.. Aku duduk balik, makan balik walaupun muka aku dah cuak tahap gaban..Nasi yang masuk ke mulut pun dah tak rasa macam nasi dah.. Rasa angin je yang masuk.. 

Tengah aku duk berimaginasi sendiri, tiba-tiba Tasya lagi sekali buat gempak, "Kera tu tengok engkau.." Burrrsshh.. Tiba-tiba involunteery action berlaku, nasi tersembur.. Habis kena si Tasya yang kat depan aku tu.. Bapak kesian.. Aku cuma mampu melihat sambil tergopoh-gapah bangun keluar kafe.. Takut dow.. Dibuatnya dia rabak selendang aku, tak ke mampus.. Nasib baik tak ada orang masa tu.. Kurang-kurang terpelihara jugak maruah aku.. Hahaha..

Tapi nak dijadikan cerita, tengah-tengah aku duk mengusha kelakuan si monyet kat atas bumbung kafe, boleh pulak ada satu couple ni duk bercinta sambil nak beli makan.. Aduh.. Wei.. Monyet kat atas kepala korang tu.. Jangan sampai cinta korang jadi cinta monyet sudah.. Duk bergurau senda bagai.. Monyet tu tengok je.. Bapak kesian.. Teringin nak bercouple jugak aku rasa.. Tapi memang tak boleh blah tengok dorang.. Tengah syok-syok dorang pilih lauk, aku nampak monyet kat atas tu duk tergaru-garu.. Elok, baik je kat bawah tu lauk gulai apa entah.. Lepas tu couple tu pergi cedok pulak lauk tu.. Perggh.. Sebati segala rasa.. Aku dalam hati lega,sebab aku amek lauk yang kat hujung bukan kat tempat monyet tu tergaru-garu, lagi satu aku ambil lauk sebelum kehadiran monyet tu.. Selamat aku.. Kalau tak dah ke J.E tak pun Chikugunya.. ^_^

Photobucket

No comments:

Post a Comment