Masak, Family Dan Aku

Salam indah untuk hari yang indah to all the viewers yang tak reti-reti nak follow aku dan jugak my beloved followers yang tak segan silu berkunjung ke blog aku.. Thanks to all of you.. Muah muah.. (Lagak macam menang award dah ni)

It's my semester break right now and I'm going to be in semester 3 in just a few week more.. Huh! Kejapnya cuti walaupun pada hakikatnya aku terlalu bosan atau orang kampung aku biasa cakap "boring" pada ketika ini.. Disebabkan keboringan yang melampau (kalau cikgu BM aku baca ni kena basuh kawa-kaw agaknya), maka tercetuslah idea-idea sengal antara aku dan jugak kakak aku..

 Korang sebenarnya telah silap percaturan sekiranya korang kata aku ni sengal.. Mana tumpahnya kuah kacang kalau bukan dalam pinggan nasi impit? Bukan nak memuji diri apatah lagi nak mencover tapi itu adalah realiti.. Kesengalan kakak aku tiada tolak bandingnya.. Disebabkan kesengalan itu, dia pernah membancuh air kopi yang hitam likat  dengan garam.. Kalau aku je yang minum, tak adalah berasa sangat ni sampai nenek, atuk semua sedara-mara sepupu semua merasa.. Sedih sedih..



Korang mesti bajet aku sebagai salah seorang student dalam Culinary Arts mendapat inspirasi untuk jadi chef daripada family aku kan? Itu satu lagi percaturan yang sangat hina lagi durjana.. Kebenarannya, adik-beradik aku satu orang pun tak pandai bab masak-masak ni.. Masak Maggi pun tanya aku al-dente ke tak.. Apa ke jadahnya.. Aku sebagai seorang adik, hanya mampu tersenyum..

Tapi dorang tak adalah that bad.. Dorang tahu lagi la masak air guna heater, bakar roti dengan toaster, masak pizza dengan microwave, kiranya masih diperingkat yang boleh dikawal.. Contoh, bakar roti guna toaster, mana pernah hangit.. Relax je.. Cun je bentuk rupa roti tu.. Dah orang puji dia buat roti bakar sedap, pagi petang siang malam mende tu je la yang dia buat.. Bertambah sadis hidup ni.. 



Pernah la dorang menyulam cita-cita cakap nak belajar masak.. Semangat bangun pagi.. Aku pun tak faham motif dorang bangun awal sebab setahu aku pasar pun tak bukak lagi.. Tapi aku biarkan je.. balik-balik je, tengok siap beli buku masakan.. Aku malas nak bercampur gaul dengan dorang ni, silap langkah aku jugak yang kena.. So, aku diam je.. Tengah hari aku turun bawah, usha kat dapur nampak ma aku aje yang duk masak, usha kat ruang tamu, nampak dorang tengah berehat, bersantai, gaya dah macam kat Hawaii.. Nak lagi sedih? Buku masakan tu dijadikan kipas aje.. Beli mahal-mahal alih-alih guna buat kipas.. Bertambah duka dan lara hidup aku..



Surat Cinta Zaman Kuno

Kehadapan yang dihadapan,
tujuan saya menulis entri pada kali ini adalah untuk mengungkit kisah-kisah lama antara saya dan awak, mereka dan juga skandal-skandal yang pernah wujud dalam kamus hidup saya.. Yang sememangnya terang lagi bersuluh awak tidak pernah tahu.. Cuba awak byangkan kalau awak tahu.. Tentu mati saya awak kerjakan..

"Saya akan cari awak sehingga kehujung dunia kalau awak tinggalkan saya"

Ingatkah awak pada ayat keramat itu? Ya.. Itu adalah apa yang pernah saya bicarakan dengan awak... Awak begitu setia pada ayat itu.. Tidak pernah meninggalkan saya sendirian.. Tapi sebaliknya pula yang terjadi.. Saya yang meninggalkan awak.. Saya sendiri binggung, macam manalah awak boleh pegang kata-kata tu.. Asal saja saya minta putus, awak mesti akan datang memujuk rayu.. Ya benar.. Saya masih sayangkan awak, tapi perangai awak yang seakan cibai itu meragut kesabaran saya.. Jadi saya berlalu..

Mesti awak pelikkan kenapa saya senang-senang saja boleh pergi tanpa menoleh ke arah awak yang terkinjal-kinjal.. Sebab say ada skandal lain.. Maafkan saya.. Itu adalah nautrally terjadi kepada kita.. Sesungguhnya saya masih tidak matang pada ketika itu.. Awak pun satu.. Kenapa awak begitu setia? Sedangkan pada waktu itu awak mempunyai ramai peminat fanatik sehingga ada yang berani menghantar surat layang kepada saya mengugut saya.. Tiba-tiba saya terasa awak bodoh..

Awak, semua hadiah yang pernah awak berikan kepada say masih lagi saya simpan.. Bukan kerana say masih lagi mengingati awak tapi kerana saya tak tahu nak bagi pada siapa.. Nak dibuang, tidak muat tong sampah sebab semua hadiah awak bagi tu kotaknya besar-besar belaka.. 

Saya baru sahaja meng'stalker' fesbuk awak.. Awak sudah maju sekarang.. Sudah ada fesbuk.. Saya melihat status awak yang jiwang-jiwang belaka.. Sungguh, awak tidak pernah berubah.. Tapi saya kagum kerana awak sudah ada cinta lain yang menerima diri awak dan saya tahu dia sayangkan awak sebagai mana awak sayangkan dia.. Bagaimana saya tahu? Kerana saya membaca semua komen-komen yang boleh mengundang muntah biru antara awak dan dia..

Saya? Saya masih lagi disini terus mencoretkan cerita-cerita lampau.. Saya tidak seperti awak.. Menyulam cinta dalam keadaan orang lain muntah biru, hijau dan macam-macam lagi.. Apapu, saya bahagia melihat perkembangan hidup awak kini.. Saya harap awak akan kekal bahagia sampai bila-bila..






Surat untuk Mizuka Shouri



Mizuka Shouri, 
ini adalah apa yang saya nak awak tahu tentang diri saya.. Walaupun awak rasa awak kenal saya tapi sebenarnya tu cuma monolog dalaman awak saja.. So, jangan rushing.. Sejujurnya, saya tak boleh specifickan ciri-ciri kenapa saya suka awak sebab saya tak jumpa awak lagi.. 

Saya bukan lah seorang yang memandang rupa.. Walaupun pada hakikatnya rupa memainkan peranan penting.. Oleh itu, tidak perlulah saya mengebang disini.. Rasanya sudah sedia maklum.. Tapi bagi saya yang paling penting adalah kejujuran dari hati yang suci... Sesuci mana? Semestinya sesuci minyak masak Murni..

Mizuka Shouri,
saya bukanlah perempuan yang sempurna apatah lagi mencari kesempurnaan.. Maafkan saya.. Sesungguhnya ayat saya teramat poyo untuk ditatapi apatahlagi untuk dicanang seantero Malaysia.. Tapi itulah realiti.. Pada perbahasan saya, bahasa yang poyo sangat sesuai pada ketika ini.. Tapi jangan awak pernah mengharap untuk saya menuturkan bahasa poyo ini ketika kita keluar bersama.. Kerana akan ada involuntary action bakal terjadi..

Mizuka,
awak adalah orang yang saya tunggu berkurun lamanya walaupun pada hakikatnya say baru berusia tut tahun.. Kenapa saya mengebang lagi? Ini kerana untuk membuktikan kepada awak dah lama mana saya menanti awak.. Bukan dalam keadaan berdiri lagi, malah berbagai gaya telah saya guna.. Lihatlah, begitu besar cinta saya pada awak..

Mizuka di pengakhiran pena ini, saya Minawa akan terus menunggu... Walaupun awak hadir ketika saya sedang busy melayan bukumuka, saya akan buktikan cinta saya dengan meng'logout'kan diri saya.. Sesungguhnya itu adalah tindakan yang sangat sukar untuk saya lakukan.. Tapi demi awak, saya sanggup..
^_^