Masak, Family Dan Aku

Salam indah untuk hari yang indah to all the viewers yang tak reti-reti nak follow aku dan jugak my beloved followers yang tak segan silu berkunjung ke blog aku.. Thanks to all of you.. Muah muah.. (Lagak macam menang award dah ni)

It's my semester break right now and I'm going to be in semester 3 in just a few week more.. Huh! Kejapnya cuti walaupun pada hakikatnya aku terlalu bosan atau orang kampung aku biasa cakap "boring" pada ketika ini.. Disebabkan keboringan yang melampau (kalau cikgu BM aku baca ni kena basuh kawa-kaw agaknya), maka tercetuslah idea-idea sengal antara aku dan jugak kakak aku..

 Korang sebenarnya telah silap percaturan sekiranya korang kata aku ni sengal.. Mana tumpahnya kuah kacang kalau bukan dalam pinggan nasi impit? Bukan nak memuji diri apatah lagi nak mencover tapi itu adalah realiti.. Kesengalan kakak aku tiada tolak bandingnya.. Disebabkan kesengalan itu, dia pernah membancuh air kopi yang hitam likat  dengan garam.. Kalau aku je yang minum, tak adalah berasa sangat ni sampai nenek, atuk semua sedara-mara sepupu semua merasa.. Sedih sedih..



Korang mesti bajet aku sebagai salah seorang student dalam Culinary Arts mendapat inspirasi untuk jadi chef daripada family aku kan? Itu satu lagi percaturan yang sangat hina lagi durjana.. Kebenarannya, adik-beradik aku satu orang pun tak pandai bab masak-masak ni.. Masak Maggi pun tanya aku al-dente ke tak.. Apa ke jadahnya.. Aku sebagai seorang adik, hanya mampu tersenyum..

Tapi dorang tak adalah that bad.. Dorang tahu lagi la masak air guna heater, bakar roti dengan toaster, masak pizza dengan microwave, kiranya masih diperingkat yang boleh dikawal.. Contoh, bakar roti guna toaster, mana pernah hangit.. Relax je.. Cun je bentuk rupa roti tu.. Dah orang puji dia buat roti bakar sedap, pagi petang siang malam mende tu je la yang dia buat.. Bertambah sadis hidup ni.. 



Pernah la dorang menyulam cita-cita cakap nak belajar masak.. Semangat bangun pagi.. Aku pun tak faham motif dorang bangun awal sebab setahu aku pasar pun tak bukak lagi.. Tapi aku biarkan je.. balik-balik je, tengok siap beli buku masakan.. Aku malas nak bercampur gaul dengan dorang ni, silap langkah aku jugak yang kena.. So, aku diam je.. Tengah hari aku turun bawah, usha kat dapur nampak ma aku aje yang duk masak, usha kat ruang tamu, nampak dorang tengah berehat, bersantai, gaya dah macam kat Hawaii.. Nak lagi sedih? Buku masakan tu dijadikan kipas aje.. Beli mahal-mahal alih-alih guna buat kipas.. Bertambah duka dan lara hidup aku..



No comments:

Post a Comment