Motivation Tak Bermotivasi

Belum terlambat lagi rasanya nak mengedikkan diri dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Mood tak menentu sekarang macam orang yang baru putus cinta dek kerana balak suka kat awek lama dia. Esok nak tak nak kena jugak balik ke Dungun. Bila fikirkan tanggungjawab aku yang sangat berat iaitu kena belajar bersungguh-sungguh kerana mak ayah aku suruh maka terpaksa aku buat-buat seronok nak balik sana.

Beberapa hari lepas aku memberanikan diri untuk menimbang berat badan aku. Dan sepertii yang aku jangkakan, berat aku takkan menurun malah menaik. Amazed! Aku kagum kegigihan aku disertai dengan bakat semulajadi aku yang suka makan. 

Oleh sebab itu jugak aku mengalami tekanan jiwa yang tak dapat dibendung lagi. Trauma yang melanda bukan membantutkan selera makan aku malah semakin bertambah. Jadi aku membuat satu propaganda sempena bulan syawal yang memerlukan aku berusaha gigih untuk menurunkan berat badan aku.

Sekarang aku dalam proses muhasabah diri untuk memastikan aku kembali kepada bentuk asal. Tension tapi itulah hakikat. Hakikat yang menyampah selain tahu aku makin gemuk. Gemuk gemuk gemuk. Argghhh! Zz

No comments:

Post a Comment