Dalam beberapa detik lagi ( sebab tengah dengar lagu Anuar Zain) maka akan berangkatlah aku ke bus station.. Bukan nak balik Dungun lagi ( menghalau nampak) tapi untuk usha tiket bas (mintak-mintaklah tak ada tiket)..huhu.. Sesungguhnya, entri yang sedang aku usahakan ini, mungkin entri yang latest untuk beberapa ketika sebab maybe bila dah masuk kandang nanti tak ada masa aku yang sentiasa busy ni nak meng'update' blog.. Oleh yang demikian, aku akan berusaha memerah otak dan keringat aku untuk menulis sepanjang yang mungkin untuk peninggalan aku selepas ini..
Agak penat sebebnarnya aku hari ini.. Mana taknya babysitter anak sedara aku yang dua orang (Amir Lokman & Aisyah Qistina)..Macam dorang punya taktik nak bikin aku tak duduk diam.. Aduh.. Tapi disebabkan aku ni lagi celik IT dan lagi maju dari dorang, last-last aku guna taktik yang ala-ala James Bond.. Pasang lagu korea kuat-kuat pastu ajak dorang joget (kantoi fanatik korea..).. Maka terserlah la bakat terpendam selama ni.. Dengan gaya joget ala-ala kat clubbing, berjoget lah kami.. Sampai naik semput jugaklah aku ni..
Macam biasalah.. aku ni belum breakfast lagi.. Dah pukul 02.57 pm.. Jangan nak cakap aku diet, aku bakor karang baru tahu.. Ni adalah sebab malas campur dengan nawaitu nak makan luar (macamlah aku masak sebelum ni)... Mmm.. Teringin nak makan kat Laksa Shack.. Tapi best gak kalau dapat pekena Char Kuey Tiaw (aku big fan of C.K.T).. mmm.. Nak kena jalankan misi Jalan-Jalan Isi Perut versi Miss Nut ni.. ok.. Chow dulu.. ^_^
No comments:
Post a Comment