Tepat pukul 11.36 am pada hari khamis yang begitu indah, aku bangun dengan muka yang sememangnya gaya orang tak cukup tidor, ditambah dengan image ala-ala mangsa fesyen, aku turun ke bawah..
Biasalah orang kalau bangun tidor mestilah akan bertafakur dulu kat depan meja bagi merekayang ada bibik, dan ada yang kan bertapa didepan peti ais seperti mereka yang tak berapa nak kaya macam aku..
Sesungguhnya ketahuilah, perempuan akan menjadi sangat garang ketika beliau lapar ye para pembaca yang busybody sekalian.. Tidak terkecualilah aku.. Tapi aku tak adalah nak merepek meraban sorang-sorang kat uma aku yang sedia ada tak ada manusia lain melainkan aku..
So, aku redha je.. Aku dengan muka yang agak kecewa dengan pencarian sesuap roti yang tak kesampaian, terus berjalan mengadap peti bergambar (tv lah tu)... Maka duduklah aku umpama orang yang menunggu anak raja datang meminang.. Aku usha la rancangan kat peti bergambar tu,''mmm.. tak de yang best"..
Buat seketika aku ter'stuck' dichannel HD,(korea der)... Sesungguhnya, ingin aku menekankan disini bahawa aku bukanlah pemiat fanatik mahupun sarkastic, tapi kerana heronya terlalu hemsem maka terjerumuslah aku dalam golongan mereka-mereka yang gilakan korea..
Itulah cerita aku.. Menonton korea dengan perut yang lapar.. Sadis kan??!!
P/S: Layan korea sehari suntuk kot.. :))
No comments:
Post a Comment