Hilang Arah

Biasa kalau orang tanya aku, aku kenapa aku akan cakap aku tension. Aku sendiri tak tahu kenapa tapi tu je jawapan paling relevan aku rasa untuk aku jawab. Dua tiga hari ni aku asyik gelak tahap melampau-lampau. Aku pelik jygak kenapalah aku gelak bagai nak rak, aku nak nangis ke esok. Tunggu punya tunggu tak nangis pun. Tapi rupanya, ku sangkakan hujan sampai ke petang, sebelum subuh dah ribut taufan.

Sia-sia aku suka dia. Siapa dia? Jangan kau tanya, sebab aku tak boleh nak jawab. Secanggih-canggih internet, still tak boleh nak bercakap lagi ikut blog. Sebab tulah aku tak boleh nak jawab dan jangan korang nak bazirkan masa nak bertanya. 

Kecewa gila kot bila orang yang kau suka tiba-tiba suka orang lain. Pedih hati. Tapi disebabkan aku ni jenis sayang member, aku tak kisah. Asalkan member aku bahagia. Walaupun aku sedih tapi tak ada lah sedih mana since ramai lagi manusia kat luar sana. Kalau lelaki melayu terkahir dah pupus, aku cari lelaki cina terakhir. Apa susah. Simple kot.

hati tengah sakit sebenarnya tapi aku gagahkan jua. Nak buat macam mana, kita tak boleh paksa apa lagi nak memaksa, ye dak? Sabar je la.. Telan je la.. Chow!

Bukak Buku Baru

*Huarggghhhh (menguap-nguap macam dah seminggu tak tidur)

Bosan bermuka buku. Tak ada apa aku nak banggakan dengan mukabuku aku. Friend lists tak de la ramai mana , adala dalam pat ke nam ratus (cara cakap poyo sial), gambar profile pun tak adalah sehebat Angelina Jolie (iras-iras mungkin), satus update pun tak adalah sekontroversi Memey dan Norman. Setakat biasa-biasa aje.

Sedar tak sedar, pejam celik, bukak tutup mata dah nak habis dah bulan february tahun 2012 tapi aku still macam dulu jugak. Lawa macam dulu jugak, cun macam dulu jugak, pendek kata semua sebagus macam dulu jugak. Lebih bagus mungkin. (Rasa nak lempang je kan?) Aku nie muka memang awet muda tapi umur dah tua. Member-member aku yang sebaya aku semua dah berpasang-pasangan. Cuma aku je sebatang kera lagi. What to do. No jodoh mungkin. (Tension!)

Yang bagusnya aku ni, kalau orang lain dah mandi bunga bagai, jumpa pawang tok batin dan segala jenis haram jadah sebab risau tak ada orang yang melekat tapi bagi aku itu semua ketentuan. What meant to be is meant to be. Bercinta bagai nak rak pun tapi kalau dah takdir korang putus, lepas tu ex korang tu jadi laki aku, tetap akan jadi laki aku. (Ayat tu sekadar ilusi sahaja).

Ada masa berbunga tahun 2011 tapi bak kata orang barang yang lepas jangan dikenang. Kita tengok barang baru yang tengah sale, lagi syok. Cantik pun cantik. Apa ke hal nak risau-risau. Kita chil and relax je. Lagi pun sejak menjengah ke umur yang lebih matang ni (ayat orang matang, ko ada?) aku mula berfikir dan terus berfikir untuk maju dan aku menemui satu resolusi yang sangat brilliant bagi aku iaitu dengan TIDUR kerana stress mampu dihindarkan. Renung-renungkan dan selamat beramal. Chow!

Woo Hooo

Angin kipas sempoi bahasa menepis rambutku. Ayat ke main jiwang sial. Ko ada? Dah lama sangat aku rasa aku tak lap habuk kat blog aku. Now very jambu-jambu u all.. Pink gitu katanya.. Bukan aku sengaja nak mengundang rasa menyampah korang kat aku tapi aku memberanikan diri aku mencuba sesuatu yang baru. Disebabkan aku tak ada masa nak pikir pasal azam 2012, aku jadikan menukar blog kepada warna adik-adik adalah impian aku, so sekarang ni impian aku dah tercapai. Korang ada gigih berjiwa kental macam aku? Tak adakan. 

It's almost 4 month aku mengharam jadahkan kehidupan aku dengan bertungkus-lumus berpractical disuatu tempat yang pasti masih lagi dalam Malaysia. Agak-agak tinggal 3 ke 4 hari lagi, I'm done with it. So, I'm back to normal. Hahahaahahahaahahaa (gelak setan - seronok barangkali)

I'm going to continue my campus life, study and everything yang dah lama aku tinggal.. Entah hantu mana merasuk aku, I miss to study damn so much. What happen to me, aku sendiri tak tahu but the thing is aku tak sabar nak jumpa geng satu kepala. Lepak dan gila-gila lagi. Hidup happy-happy, no adult things to worried about. What a life dude!