Sentap Lettew~

" Saya ingin tujukan lagu Sentapku Sentapmu Jua kepada rakan saya yang tengah sentap ittew dengan ucapan, Jangan sentap selalu. Dan juga tak lupa juga kepada besttis saya dengan ucapan jangan menyentapkan diri dan propa selalu."  - Petir FM

Agaknyer mcm nie lew muka korang sentap~
Gitew le alkisahnya u ols, ada member aku yang sentap dengan aku gara-gara kena petir dengan aku. Yelah sape suruh propa kan??? Tapi aku tahu dia sentap-sentap manja je tuww. Manakan dia boleh hajjor aku kan, kata kawan dunia kahirat. Gitew u ols.

Ni aku nak tanya, motip korang nak besnetap bagai?? U ols, jangan lah biasakan diri dengan perangai sentap ittew, adalah tidak manis u ols. Biasalah tu kena hajjor, kena caci, kena hina dek kawan baik. Baru meriah persahabatan u ols. Ada gurau senda ala-ala hanjing gitew. Jangan berkira sangat k.

Mampu jur mcm nie???
Aku bukan apa lah kan, tapi kalau orang ittew sudah sentap, boleh membantutkan kemeriahan sesi hanjing-menganjing, caci-mencaci, hina-menghin sesama rakan-rakan. Tak gittew gegurl semua??Aku nie bukan mulut haru sangat u ols tapi kalau orang propa dengan aku, aku harukan je. Hajjor cket kan. Biardia rasa asam garam hidop kena hajjor dengan manusia. Apa rasa dia.. Mampu u ols??

AKu nie tak adalah keji mana nak hanjing orang sesuka hati, sesedap rasa. Aku bergurau je u ols. Jangan ambik hati. Tu semua sekadar pemanis dalam persahabatan walaupon gurau-senda tu kadang-kadang macam mintak penampo free je kan pelekat kat pipi mu yang gebu ittew. Tak mo, tak mo macam ittew. Kita friend-friend u ols, jangan simpan dendam dalam hati.

Pada sesiapa yang berhati durjana nak guna-gunakan aku gara-gara kena petir tanpa belas kasihan ittew, fikir-fikirkan lah. Sangat keji perbuatan kalian ittew. So renung-renungkan dan selamat mencuba....

Feeling Chantek, Okay what???

Bukak aje facebook aku yang jojes itu, sangat kagum dan bangga ye bila dapat facebook member yang hot. Ini bukan sindiran ye rakan-rakan sekalian tapi yang benar.  Diorang tu memang muka market taw, boleh aje jadi cover girl untuk mana-mana brand cosmetics, silkygirl, revlon or maybelline. Korang ada?

Stok-stok muka yang cun dan hot nie u ols memang banyak faedahnya. Yang chantek feeling chantek, yang tak chantek nak feeling chantek jugak. Ko bantai je lah bedah asal kau bahagia. Tak gitu? Walaupun muka ala-la je korang. Tapi tak pe, di zaman berteknologi tinggi nie banyak product yang korang boleh guna nak tutup cela, jerawat batu, blackhead, whitehead. No worries. Kalau dah segala jenis product korang pakai tak jadi jugak, cubalah reach contact Dato' Siti, suruh dia buat product khas untuk korang. Feeling queen sangat kan..

Tak salah u ols semua nak feeling chantek. Tak berdosa kan, jangan sampai riak sudah u ols. Kan nanti tak pasal-pasal menempah tempat di neraka. Tapi nak chantek pun berpada-padalah. Jangan sampai suntik-menyuntik u ols. Dah elok-elok muka tu, kau suntik nak jadi Angelina Jolie katanya. Yang dpaat Angelina Juling. Tak ke sedey tuu. Nak bertemu masyarakat pun nanti malu. Dek kerana kebengongan sendiri pergi menyuntik. Kelas kau maria!

Well. Untuk korang semua kat luar, tak kesahlaki ke, perempuan ke, keyakinan yang menggunung dengan kecantikkan diri itu sangatperlu untuk menghadapi masyarakat yang busybody macam aku. So dari korang pergi bela muka yang so so je, baik korang bela hati yang so so tu. Yang penting kita tak repair ape yang sedia ada, bersyukur dengan pemberian ilahi. Kan?? Good girls and boys~

Pakwe, Makwe, Kaya Ball

Penat sangat hari nie selepas bermarathon dengan anjing jiran 4 blok dari rumah aku. Mampu berlari gaya-gaya Maria Sharapova kejar bola gitew. Gigih ke Tesco yang terekat semata-mata nak membeli kaya ball. Korang mampu bersemangat kental macam aku?

Masa pergi Tesco tadi, dah alang-alang kat situ, aku pun apa lagi, mencuci mata la. Bukan cuci mata tengok jejantan ye, tapi tengok barang-barang dekat kedai yang tengah sales. Sangat jojes ye harganya. Tapi disebabkan poket aku pun jojes jugak, maka cuci mata sekadar cuci mata. Tak boleh beli. Duit tak ada, takkan tak reti-reti kan.

Berbekalkan duit 5 hengget, aku dengan yakin beratur dekat kaya ball kaunter, muka confident kalah Julie Dahlan. Then, mas atengah aku duk beratur tu, ada la seorang jejaka ini, muka hensem ala-ala idaman malaya gitew u ols. Okay la kan, sambil tunggu akak tu godek-godek kaya ball aku tuu. Aku ingatkan hensem sampaikan ke petang, rupanya botok yang kau amalkan. Perangai bapak tak senonohnye. Duk ngap kaya ball sampai penuh mulut, tak cukup dengan tu, ditambah kebengongan dengan menyebat kaya ball awek dia. Kesian aku tengok awek dia. dah la kerempeng, bila-bila masa je boleh kena tiup dek angin.

Tapi yang tidak boleh blah lagi, muka awek dia nie kekal bangga nie. Aku aje ada pakwe, pakwe aku hensem meletop walaupon perangai gelojoh macam setan. Giteww le agaknya apa yang dia cakap dalam hati berdasarkan raut wajah dia yng so so tuu. Aku tak nak mengutuk tapi disebabkan keperibadian sebegitu rupa seakan-akan memanggil aku untuk mengutuk. Maafkan saya. Saya cuma insan biasa yang tak boleh melihat kebengongan dan kesombongan sebegitu rupa.

Bila ingat balikkan, muka perempuan dengan laki dia tu memang ada iras-iras. Biasalah macam orang tua cakap, kalau ada iras-iras tu ada jodohlah gamaknya. Kalau yang laki tu hensem macam Orlando Bloom, si awek pulak muka macam Ogy the cockroach. Tu biasalah. Kitakan saling melengkapi. Aku agak diorang tu memang suka makan kaya ball, setiap kali dating melantak kaya ball, sebab tu muka macm kaya ball. 

Sampai Hati Kau Senah

Sakit bernanah hati aku dengan senah sorang ni. Sanggup kau melahanatkan aku walhal aku banyak dah tolong kau selama ni. Walaupun aku ni sendiri banyak benda nak disettlekan, tapi aku sanggup sakitkan pinggang aku, lenguhkan lutut aku, bazirkan bedak aku semata-mata nak tolong kau. Tapi ni balasan kau bagi kat aku.

It's over Senah!
Senah Oh Senah..

Perlu ke aku berpantun, bersyair bagai semata-mata nak buat kau faham? Memang dasar senah kau nie. Bengap! Semua nak diperjelaskan satu persatu. Semua nak aku explain secara telus dan saksama. Kenapalah kau nie Senah? Banyak sangat makan meggi dengan semut api agaknya kau nie.

Hoi Senah!

Durjana betul kamu ini. Sungguh menyakitkan hati. Smapai hati kau buat aku macam nie. Tak pernah sekali aku mendurjanakan kau wahai senah. Ingat lagi masa kita pergi tengok wayang sama-sama, kau yakin semata-mata pergi beli popcorn tapi lupa duit kau bawak 15 hengget je cukup-cukup beli tiket wayang. Duit sape kau kebas?? Sape yang dermawan bagi duit kat kau? Bukan aku ke Senah?? Kau memang dasar lintah hisap darah sambil mencekik kau tahu.

Kau Senah..

Aku betul-betul tak puas hati dengan kau. Cultured shock lagi barangkali aku ni sebab tak dapat terima realiti kau sanggup buat aku macam ni. Aku binatangkan kau dengan minyak yang penuh. Walaupun kau ni haru je sepanjang masa, aku still tak malu mengaku kau kawan aku. Tapi kenapa kau buat aku macam ni Senah? Nak je aku tembak kau idop-idop senah dengan M16. Geram tak keruan aku dengan kau ni.


Kau lah yg melayang-layang tuu Senah~

Kenapa Senah?????!!!

Why senah you do all this bullshit to me?? *Feeling speaking London. Kau memang dasar keparat kepala lutut taw senah. Memang keparat yang tidak boleh dibendung lagi. Ingat dulu masa Dolah nak ngorat kau, sape yang jadi posmen sampaikan salam korang yang sehari tu seribu kali korang berkirim salam? Aku taw senanh posmen tak bergaji tuu. Mungkin sebab terlalu banyak makan kepala ikan kau nie, jadi kau lupa semua memori tu. Biol semacam kau nie senah. Baik kau hentikan tabiat kau tuu.

Gomapda Senah~

Terima kasih banyak-banyak senah atas segala drama low class kau tu. Kau memang tak layak dapat Grammy. Kalau Reese Whiterspoon tengok pon, menangis 7 hari 7 malam senah sebab tak mampu nak terima hakikat ada manusia sebangang kau kat dunia ni. Tak pe lah senah, aku sabar je la dnegan perangai kau serupa setan itu, tapi kau jaga-jaga, jangan kau tunjukkan muka kau depan aku, nanti tak pasal-pasal kena herdik cerca dari aku...


Byee Senah my pren....

Plastik Bangat Kamu!

Dasar perempuan plastik! Kau memang plastik. Aku rasa tak ada kat dunia ni yang lebih plastik dari kau la perempuan. Dasar perampas. Puihhh! * Ludah ala-ala samseng gitew..

Kau memang tak sedar diri kan? Dah tak ada jantan pandang kau, kau rembat laki aku. Kau memang tak tahu malu. Suka ambil hak orang. Mak ayah kau tak ajar eh kau hormat barang kepunyaan orang? Or kau nie memng jenis tak reti bahasa? Puihhh! * Lagi lama ludah dia..

Hello perempuan yang aku rasa tak patut panggil perempuan pun. Betina sesuai??? Kau memang macam haram. Aku tak tahulah berapa ramai betina keparat macam kau kat laur sana tu, tapi kau memang nak cari maut dengan aku. Kau tahukan betapa aku sayang laki aku? Kau kenapa nak rampas orang punya?? Betul aku tak faham lah dengan betina perangai semacam kau. Macam kong kang tahu??

Kecik besar kecik besar je aku tengok kau perempuan. Kalau mampu, nak je aku free kick kau jauh-jauh. Biar sampai ke negeri China. Tapi aku tak rasa orang kat sana nak terima kau. Sungguh lahanat perangai kau.

Nak je aku cekik kau!

Betapa benci dan menyampahnya aku dengan kau. Memang aku pantang dengan perempuan semacam kau. Tak tahu ape aku nak cakap lagi. Berambus dulu!

Like Notes Attach

Kerja-kerja mengupdate blog terbengkalai gara-gara gangguan yang tidak diancang oleh anak sedara gua yang sememangnya comel macam mak sedara dia.. Kuikuikui~

Kembali serius..

He completes me. Dia tak sama dengan saya tapi kami serasi dan dia buat saya rasa untuk jadi yang lebih baik. ~LISA SURIHANI

Tergamam bila aku baca statement dia. Its something bagi aku. Satu luahan ringkas tapi penuh makna. Aku suka dengan setiap satu perkataan yang dia gunakan untuk menyatakan why she love him so much. I wish I also like that but love is all nonsense for me. 

He is like an attach note yang korang lekatkan kat wall boad study korang. Sebab tu korang tak dapat remove dia dari kotak hati korang since dia terlekat macam kena gam dngan gam gajah. Taik pun tak tercabut. Mau koyak hati kalau korang try cabut. Nanti merana diri, pergi hospital pun doktor mampu tengok je tak mampu nak nolong. Nak maki, kesian kan diri korang yang sememangnya dah kesian tu. 

Aku sememangnya suka berjiwang-jiwang di blog aku sebab aku sememangnya romantis. Kekekekeke~ Sebab tu aku ramai skandal, tapi skandal sekadar skandal. Kenapa aku tak upgradekan diorang sebagai kawan lelaki ataupun dalam bahasa commercial nya boyfriend, sebab aku rasa diorang tak mampu nak mengantikan DIA yang dulu. 

Durjana bukan statment aku??? Ada orang cakap " Kawan, kau tak boleh nak membanding-bandingkan lelaki itu dena lelaki ini". Aku pun ak jugak tanya soalan kat orang tu, WHY TAK BOLEH??? Each guy was expect a very honest answer but never want to accept the bad respond. At least aku jujur. Aku tak kesah orang nak cakap aku nie memilih ke, berkira ke, tak sedar diri ke. Yang memilih tu aku, yang brkira tu aku, yang tak sedar diri tu aku, korang yang lebih-lebih kenapa. Chill guys. Relax girls. We are ONE MALAYSIA right? Basic kot....

BIAR REMUK KALAU ITU YANG TERBAIK

Alhamdulilah.

For ages this is first entry yang aku rasa penuh dengan rendah diri dan rasa bersyukur sebab aku masih mampu untuk mengarang di belog aku yang entah apa-apa nie. Selama 20 tahun aku meniti hidup di bumi Allah ini, ini adalah kali pertama aku rasa sangat suatu perasaan yang speechless. Allah bagi aku peluang berkali-kali untuk aku menikmati keindahan bumi tapi mengambil masa untuk aku memahami setiap ciptaan itu terlalu lama. Terlalu lama juga untuk aku rasa bersyukur dengan setiap apa yang aku ada.

Sekarang baru aku faham, baru sedar, everything that happen to us is not because Allah hate us but because He love us too much. Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, setiap apa yang terjadi adalah utnuk menyedarkan hamba-Nya supaya kembali ke pangkal jalan. Jangan sesekali berharap sesuatu didunia ini untunk mengubah anda, atau berterima kasih kepada makhluk didunia kerana perubahan anda, tapi bersykur kepada Allah kerana temukan kamu dengan ornag yang benar untuk membawa perubahan kepada kamu.

Aku cuma manusia biasa dan aku sentiasa melakukan kesilapan yang kadang-kadang akus endiri tidak nampak. Tapi alhamdulilah, Allah itu Maha Penyayang, DIA datangkan aku dengan kesedihan dan dugaan untuk menguji aku. Menjadikan aku seorang yang lebih tabah dan membuka mata aku untuk kenal siapa pencipta aku yang sebenar. Alhamdulilah. Hidup aku bukan kerana seorang lelaki, hidup aku bukan kerana sebuah cinta, tetapi hidup aku untuk DIA dan juga ibu ayah aku yang tercinta. Alhamdulilah~